Tetaplah berhubung

Cara Membuat Suami Rasa Dihargai

Hubungan

Cara Membuat Suami Rasa Dihargai


Jangan biarkan suami berkecil hati kerana sikap anda. Tunjukkan bahawa anda menghargai dia lebih dari yang difikirkan.

Ketika sudah hidup bersama setiap hari, sangat mudah melakukan perkara yang melanggar rasa hormat. Untuk itu, dimuat dari laman Familyshare, biarkanlah suami tahu isteri menghargainya dengan menunjukkan sikap berikut ini.

Fokus pada perkara yang dilakukan, bukan bagaimana dia melakukannya

Kebanyakan isteri menuntut senarai apa saja yang harus dilakukan suami. Ketahuilah, ini boleh membuat rasa putus asa. Alih-alih menyokong suami menjadi pasangan terbaik, dia malah rasa diperkecilkan. Oleh itu, hargai setiap apa yang dilakukan oleh suami.

Lakukan sesuatu yang lebih baik lagi untuknya

Sesekali ambil alih kerja yang biasa dilakukan suami. Katakan padanya, “Duduklah dan rehat, ambil masa anda untuk bermain bersama anak-anak.” Jika ini tidak boleh, tuliskan rasa terima kasih anda atas apa yang sudah dilakukan suami.

Beri kejutan yang luar biasa

Kejutan besar yang sempurna untuk suami dapat membuatnya rasa sangat dihargai dan bersyukur mempunyai isteri seperti anda. Berikan sesuatu yang membuat dia gembira.

Berterima kasih mengenai perkara kecil

Ini mungkin kedengaran mudah, tetapi sering kali terlepas. Ucapkanlah, “Terima kasih” ketika suami membantu perkara yang sering dianggap remeh. Berikan dia kucupan yang bermakna.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas