Tetaplah berhubung

Cara Mahu ‘Move On’ Dari Mencintai Si Dia

move-on-dari-mencintai-si-dia

Hubungan

Cara Mahu ‘Move On’ Dari Mencintai Si Dia

Gambar: Larorostory

Cara Mahu ‘Move On’ Dari Mencintai Si Dia

Melupakan bekas kekasih tidak semudah membalikkan telapak tangan. Lebih-lebih lagi jika anda masih mencintainya.

Namun, anda harus sedar bahawa perpisahan terjadi kerana suatu alasan. Untuk move-on dari masa lalu, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan dipetik dari Psychologytoday.

Padamkan Kaitan Dengannya

Melupakan seseorang kadang-kadang harus dipaksa. Anda tidak boleh terus-menerus memandang gambar profil mereka dan berharap dapat melupakannya begitu sahaja. Ketika sedih, anda menjadi terdedah teringat pada kenangan masa lalu. Melindungi diri dengan batasan sihat seperti menghapuskan kenalannya merupakan salah satu rawatan diri yang baik.

Relakan impian hilang

Merelakan mimpi-mimpi bersama kekasih pupus memang tidak mudah. Tetapi anda tiada pilihan lain selain mengikhlaskannya. Pada masa kenangan-kenangan manis terbayang di benak hati, ingatlah saat-saat dia melakukan perkara buruk kepada anda.

Berdamai dengan masa lalu

Apabila seseorang menyakiti, marah adalah respon yang biasa. Namun, membukakan pintu maaf untuknya adalah cara berdamai dengan masa lalu. Walaupun damai bukan bererti harus kembali bersamanya, tetapi cara ini membantu anda menjejaki masa depan dengan lebih tenang.

Masih cinta bukanlah masalah

Masih mencintai bekas kekasih bukanlah perkara yang salah. Namun, anda harus berfikir secara dewasa, bahawa cinta bukanlah segalanya dalam sebuah hubungan. Perpisahan terjadi kerana suatu masalah yang sukar diselesaikan bersama. Oleh kerana itu, cinta sahaja tidak cukup.

Lebih mencintai diri sendiri

Daripada menghabiskan banyak masa untuk memikirkan bekas kekasih, fokuslah untuk mencintai diri sendiri. Lakukan pelbagai perkara positif dalam hidup yang boleh membuat anda rasa lebih bersemangat. Tinggalkan semua kenangan di belakang dan belajarlah menjalani hidup baru.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas