Tetaplah berhubung

Cara Efektif Lupakan Bekas Kekasih

Hubungan

Cara Efektif Lupakan Bekas Kekasih

Foto: Google

Cara Efektif Lupakan Bekas Kekasih


Jangan pedulikan berapa lama hubungan cinta bersama pasangan pernah terjalin. Anda tak boleh terjebak akan nostalgia, hingga tidak mampu melupakannya. Apalagi jika mengerti bahawa perpisahan adalah jalan terbaik.

Wanita yang kuat dan berdikari mampu berfikir logik dan mengambil hikmah dari setiap kejadian. Berikut cara berbeza yang dilakukan untuk segera melenyapkan kekasih dari fikiran.

Menulis diari

Ambil selembar kertas dan buat catatan untuk diri sendiri. Tulis semua alasan mengapa hubungan gagal. Tidak apa bila cara ini agak sadis, tapi ini untuk memastikan semua keburukan pasangan. Setelah itu baca berulang-ulang sehingga yakin jika dia benar-benar buruk.

Buang jauh kenangan

Anda tidak harus menghapuskan foto-foto dari telefon atau membakar hadiah pemberian pasangan. Tapi, anda boleh mentransfer foto-foto di telefon ke komputer dan memasukannya dalam satu folder rahsia. Setelah itu sediakan satu kotak untuk menyimpan barang pemberian pasangan dan letakkan di tempat yang sukar untuk di jangkau.

Tidak stalk media sosial

Alasan apa pun tidak dibenarkan untuk stalk akaun media sosial bekas pasangan kekasih. Melakukan hal ini sama sekali tidak ada untungnya.

Cari orang baru

Anda tidak harus menjalin hubungan serius dengan seseorang. Tapi, harus menemui orang baru yang menarik. Demikian dipetik Allwomenstalk.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas