Tetaplah berhubung

Cara Berhenti Menjadi Seorang ‘Workaholic’

Hubungan

Cara Berhenti Menjadi Seorang ‘Workaholic’

Foto: Google

Cara Berhenti Menjadi Seorang ‘Workaholic’

Ramai terutama wanita, mempunyai kecenderungan untuk bekerja terlalu rajin demi mengejar cita-cita. Bekerja terlalu rajin sehingga lupa waktu boleh membuat anda lupa dengan hal-hal menarik dalam kehidupan. Lebih parah jika anda sampai melupakan kawan dan keluarga.

Ya, kerjaya sememangnya penting, tapi jangan sampai anda mengabaikan aspek-aspek lain dalam kehidupan seperti kesihatan, anak, dan perkahwinan. Berhenti menjadi gila kerja dan dapatkan hidup yang lebih berkualiti, bahagia, dan produktif dengan cara yang berikut, memetik Amerikanki.

Kesihatan merupakan harta yang paling berharga

Setiap orang mengetahuinya, malangnya ramai daripada kita tidak benar-benar menganggap perkara ini serius. Gila kerja tidak baik untuk kesihatan. Anda mungkin sangat bermotivasi untuk mendapatkan promosi namun fikirkan juga kesihatan anda. Bekerja berlebihan mendatangkan pengaruh negatif terhadap fizikal dan mental. Ingatlah bahawa sakit itu mahal.

Berhenti berjaga

Berhentilah berfikir jika anda berjaga sampai larut malam, anda akan dinaikkan pangkat lebih cepat. Pertama, bos anda mungkin tidak akan menyedarinya. Kedua, berjaga menurunkan produktiviti. Anda sekurang-kurangnya perlu tidur 7-8 jam sehari agar minda sentiasa terjaga.

Rehat sejenak dari internet

Adakah pekerjaan anda bersangkut dengan internet? Jika ya, putuskan sambungan internet untuk sementara. Mengapa? Kerana internet membuat anda terus menerus memikirkan hal pekerjaan. Banyak perkara menarik di luar sana. Tiada internet bukan bermakna anda terus mati.

(nip)

loading...
Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas