Tetaplah berhubung

Buatkan Bekas Kekasih Merindui Anda

Young happy couple enjoying in coffee shop. They are holding hands and talking to each other.

Hubungan

Buatkan Bekas Kekasih Merindui Anda

Gambar: Rd

Buatkan Bekas Kekasih Merindui Anda

Patah hati memang menyakitkan. Tetapi jangan sampai anda terperuk dan kecewa. Anda perlu bangkit dan membuat bekas kekasih sedikit menyesal kerana meninggalkan anda.

Tunjukkan pada dunia bahawa hidup tidak akan berhenti hanya kerana patah hati. Tetapi buatkan si dia merindui anda dengan beberapa cara di bawah ini. Semak ulasannya dipetik dari Lovepanky, Ahad (21/11/2016).

Tunjuk hidup terus ke hadapan tanpa dia

Tunjukkan bahawa hidup anda tetap berterusan walaupun tiada si dia di samping anda lagi. Jika anda mempunyai tempat kegemaran yang sering dikunjungi berdua, anda masih boleh mengunjunginya walaupun sendiri. Jangan biarkan kenangan masa lalu membuat anda takut pergi ke tempat kegemaran hanya kerana tidak ingin mengingatinya.

Tunjuk anda lebih bahagia

Tunjukkan bahawa kehidupan anda yang sekarang bahagia. Walaupun telah melalui masa-masa sukar, ini adalah waktunya membuat si dia merindui anda kerana nampak lebih bahagia. Pergilah bersama kawan-kawan, lakukan aktiviti seperti biasa, dan muat naik foto-foto kebahagiaan di media sosial supaya si dia melihatnya.

Tunjuk sisi anda yang baru

Sangat penting berdiri sendiri setelah masa-masa berat akibat patah hati. Ubah penampilan menjadi lebih menarik, pamerkan perkara yang membuat anda bahagia ke media sosial, dan biarkan si dia merindui anda. Mahu tak mahu, bekas kekasih pasti ingin tahu kehidupan anda yang baru.

Jangan gugup jika tidak sengaja bertemu

Anda dan bekas kekasih mungkin mempunyai banyak kawan yang sama atau aktiviti yang membolehkan anda berdua saling bertemu. Jangan gugup jika tiba-tiba anda bertemu bekas kekasih di sebuah acara. Jika tidak sengaja melakukan hubungan mata, berikan senyuman kecil padanya. Ini menunjukkan rasa percaya diri dan kedewasaan anda untuk menangani perkara ini.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas