Tetaplah berhubung

Buat Si Dia Merindui Diri Anda

Hubungan

Buat Si Dia Merindui Diri Anda

Foto: Loveimages

Buat Si Dia Merindui Diri Anda

Ketika sedang hangat dilamun rasa cinta, rasa rindu pasti ada, untuk menjaga rasa itu perlu dilakukan usaha agar hubungan terus konsisten. Tentunya juga anda harus tahu cara membuatkan si dia agar hubungan anda semakin hari semakin romantis.

Cara anda membuat si dia rindu salah satunya membuatnya si dia akan selalu jatuh cinta terhadap anda. Namun yang sebenarnya adalah dengan menjaga konsistensi keromantisan antara anda dengan pasangan.

Berikut adalah cara membuat si dia agar terus konsisten dan tidak mudah bosan dengan anda:

Selalu Adakan Kejutan

Helah ini adalah satu helah yang mampu dilakukan dengan memberi hadiah-hadiah yang akan membuat dirinya terkejut. Tidak perlu hadiah mahal, cukup hanya dengan bersederhana tapi bermakna, sisipkan ucapan kata sayang dan nyatakan bahawa anda rindu padanya. Cara ini akan membuatkan si dia terus merindukan anda.

Jangan Sering Berkomunikasi

Jangan terlalu sering berkomunikasi dengannya, sesekali lakukan percubaan supaya pasangan menghubungi anda terlebih dulu. Jangan sampai anda menunjukan kepada si dia anda seperti selalu mengejarnya. Cara ini akan mengakibatkan pasangan anda akan merasa risau dan rindu.

Berdikari

Tunjukan kepada si dia anda seorang yang berdikari, dalam erti hidup anda tidak akan selalu bergantung padanya. Anda juga harus meluangkan waktu untuk diri sendiri.

Berbual dan Mendengar

Anda harus mampu membuat si dia merindui anda dengan corak pemikiran anda. Tunjukkan kepadanya jika yang selama ini anda bualkan dengannya merupakan hal yang menarik dan membuat percakapan seru dan sangat lancar.

Apa Yang Dia Sukai?

Cara ini akan turut membantu anda untuk mengerti dan memahami dengan mendalami hal diri pasangan. Cara ini juga akan menjadikan anda lebih mudah masuk ke dalam kehidupannya. Lelaki tidak akan meninggalkan wanita yang mudah beradaptasi dengan kehidupan mereka.

(nip)

loading...

Lagi di Hubungan

Ke Atas