Tetaplah berhubung

Buat Lelaki Terpikat, Usapkan Rambutnya

Hubungan

Buat Lelaki Terpikat, Usapkan Rambutnya


Seorang wanita, mungkin masih rasa janggal untuk mendekati lelaki yang disukai terlebih dahulu. Namun tiada salahnya, jika anda ingin mendekati lelaki yang sudah lama disukai.

Gunakanlah cara-cara manis berikut ini agar si dia terpikat dengan anda dipetik dari laman Idiva.

Buat dia tersipu

Bagaimana caranya? Mudah saja, berikan dia pujian yang tulus, sangat tulus. Sehingga dia dapat merasakan bahawa pujian tersebut benar ada pada dirinya dan akhirnya dia tersipu malu.

Berikan hadiah yang bermakna

Sudah terlalu “basi” memberikan hadiah coklat ataupun bunga. Berikan dia hadiah seperti CD album dari band kegemarannya atau DVD filem yang menggambarkan perasaan anda. Dengan begitu dia akan rasa bahawa anda sangat memerhatikannya.

Usap rambutnya

Jangan memandang rendah ini, mengusap rambut seseorang lawan jenis boleh menjadi penuh erti dan membuat hati berdegup kencang. Dia akan berfikir dirinya sangat comel apabila diusap halus rambutnya oleh anda.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas