Tetaplah berhubung

Bosan ‘Dating’ Romantik? Ubah Saja!

bosan-dating-romantik

Hubungan

Bosan ‘Dating’ Romantik? Ubah Saja!

Gambar: Rd

Bosan ‘Dating’ Romantik? Ubah Saja!

Dating di pawagam, candle light dinner, atau menonton konsert, seperti sudah terlalu biasa. Lama-lama membosankan dan tidak sihat untuk hubungan. Oleh itu, sudah waktunya mencuba perkara yang baru.

Perempuan, mulakan untuk tidak terlalu menjaga imej diri di depan kekasih. Masanya anda mula mengubah cara pasangan agar lebih cair. Cuba ikuti beberapa permainan ini sebagai teman wanita seperti dipetik di laman wikiHow, Minggu (20/11/2016), berikut ini.

Ikuti gerakkannya

Ini permainan sederhana namun berkesan. Cuba ikuti setiap pergerakan teman lelaki. Apabila dia menoleh ke kiri, tolehkan juga leher anda ke kiri, jika dia menggaru kepala, garuk juga kepala anda, dan jika dia bercakap, tiru juga ucapannya. Permainan ini cukup membuat pasangan anda jengkel tapi juga membuat si dia lebih tertarik dengan anda.

Muzik

Ganggu dia dengan lagu muzik yang tak biasa. Misalnya, reggae atau lagu-lagu era 70-an. Kemudian, menyanyilah hingga dia rasa bising dan menganggap anda aneh tetapi sambil ketawa.

Sedikit kasar

Lupakan sedikit sopan santun. Berbincang dengan teman lelaki dengan nada menjengkelkan. Ganggu dia terus-menerus sambil menjauhkan diri. Buatlah sehingga dia hilang kesabaran dan ketawalah bersama.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas