Tetaplah berhubung

Bertembung Bekas Kekasih Dengan Kekasih Baru? Lakukan Ini

Hubungan

Bertembung Bekas Kekasih Dengan Kekasih Baru? Lakukan Ini


Berjumpa dengan bekas kekasih boleh menjadi detik-detik yang menyesakkan dada. Lebih lagi jika bertemu setelah dia mempunyai kekasih.

Agar anda tetap tenang bertemu dengannya, cuba perkara beberapa cara berikut dikutip dari laman wikihow.

Positif

Ketika disibukkan dengan tugas dalam hidup, anda akan menjadi orang yang lebih positif. Walaupun belum mendapatkan apa yang ingin dicapai, anda tahu bahawa sesuatu yang dilakukan perlu dihargai. Semakin banyak perkara yang anda lakukan, semakin tenang sikap anda di depannya.

Menghadapi emosi negatif

Perkara lain yang perlu dihadapi untuk sentiasa tenang di hadapan bekas kekasih adalah membuang emosi negatif. Tulis perkara yang menyakiti anda dan jujurlah pada diri sendiri. Jika itu masih belum cukup, dengarkan muzik yang sesuai dengan emosi anda. Motivasikan fikiran bahawa perpisahan dengannya bukanlah akhir segalanya.

Menangislah

Jika kata dan perbuatan sudah tidak boleh mendedahkan kekecewaan dan rasa sakit di dada, satu-satunya perkara terbaik yang dilakukan adalah menangis. Menangislah namun tidak di hadapannya kerana perkara itu akan memburukkan lagi hubungan anda dengannya.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas