Tetaplah berhubung

Berkahwin Membuat Kewangan Lebih Stabil

Hubungan

Berkahwin Membuat Kewangan Lebih Stabil


Selain dari manfaat kesihatan, perkahwinan juga membawa keuntungan besar bagi kewangan. Untuk itu jangan ragu berkahwin kerana kewangan yang sukar. Sebaliknya, berkahwin justeru mendatangkan banyak rezeki.

Selain pengurangan beban cukai, perkahwinan mendatangkan tanggungan insurans untuk keluarga. Memetik Familyshare, berikut ini adalah tiga alasan mengapa perkahwinan meningkatkan kewangan.

Lebih bertanggungjawab secara kewangan

Setelah bersumpah melalui janji suci perkahwinan, anda berubah menjadi orang yang berbeza. Seketika pemikiran tanggungjawab keluarga hadir di fikiran. Selepas berkahwin seseorang belajar erti pengorbanan diri. Biasanya orang yang sudah berkahwin tidak lagi memikirkan kesenangan peribadi sahaja.

Mempunyai keluarga membuat seseorang lebih bijak berurusan dengan wang. Tidak peduli apakah mereka sebelum ini adalah orang yang boros, selepas berkahwin jadi perhitungan.

Menyimpan wang

Mencintai pasangan yang lebih dari apa pun membuat rezeki itu datang sendiri. Ketika masih single anda tidak boleh mendapat pinjaman kerana tiada jaminan keluarga. Tetapi, apabila sudah berkahwin anda boleh meminjam wang kerana ada surat persetujuan isteri. Selain itu, pasangan berkahwin juga mendapat potongan khas untuk insurans.

Penikahan melindungi kewangan

Walaupun tujuan berkahwin bukan untuk melindungi kewangan, tapi pernikahan menawarkan kelimpahan. Bila anda tidak berkahwin, cuba fikirkan bagaimana mengurus anak. Bila anda bercerai, berapa kos yang perlu dikeluarkan untuk mengurus sidang cerai. Maka itulah perkahwinan melindungi kewangan anda.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas