Tetaplah berhubung

Berkahwin Bukan kerana Cinta, Ini Alasannya

Hubungan

Berkahwin Bukan kerana Cinta, Ini Alasannya

Berkahwin Bukan kerana Cinta, Ini Alasannya


PERKAHWINAN adalah sesuatu yang indah dan menjadi detik-detik istimewa bagi setiap pasangan. Ada berjuta alasan orang berkahwin, salah satunya kerana cinta. Namun, tak semua pasangan berkahwin kerana cinta.

Oleh sebab itu, banyak pasangan berakhir dengan bercerai kerana tidak boleh membina rumah tangga. Bila cinta bukan alasan berkahwin, mengapa seseorang memutuskan berkahwin? Berikut alasan seseorang berkahwin bukan kerana cinta.

Tekanan keluarga

Salah satu sebab seseorang dalam membuat keputusan untuk berkahwin adalah kerana keluarga. Tuntutan dari ayah atau ibu yang meminta anaknya berkahwin menyebabkan mereka berkahwin bukan kerana cinta.

Takut kesepian

Beberapa orang tak sanggup hidup sendiri. Bagi mereka pasangan sangat penting. Oleh sebab itu, mereka berkahwin kerana perlu pendamping hidup untuk menemani dalam suka dan duka.

Bertanggungjawab

Mungkin anda terkejut mendengar alasan ini. Orang berkahwin bukan kerana cinta, melainkan kerana harus bertanggungjawab atas kesalahan dalam bertindak. Iaitu, kerana wanita sudah hamil terlebih dahulu.

Kewajiban budaya

Dalam perihal ini orang berkahwin kerana kewajipan budaya. Sam ada itu agama, tradisi, atau norma sosial. Lebih dari semua ini, seseorang sebaiknya berkahwin dilandaskan rasa cinta pada pasangan. Demikian disiarkan di Allwomenstalk.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas