Tetaplah berhubung

Berfikir Seperti Ini Mampu Hilangkan Rasa Kecewa

Foto: Selflovebeauty

Hubungan

Berfikir Seperti Ini Mampu Hilangkan Rasa Kecewa

ADAKAH cinta anda baru saja ditolak dari pekerjaan yang anda diinginkan? Tak diterima di universiti kegemaran? Atau cinta anda ditolak oleh pujaan hati?

Jangan terlalu sakit hati dan kecewa, kerana setiap penolakan bukan sepenuhnya salah anda. Proseslah dari penolakan tersebut dengan sederet cara positif di bawah.

Luahkan kekecewaan

Tak apa bila anda ingin menangis. Jangan memilih untuk berkubung dalam kesedihan dan kekecewaan. Biarkan rasa itu pergi perlahan, luangkan masa untuk bersedih kerana selepas itu pelangi akan hadir dalam kehidupan anda.

Balikkan keadaan

Cuba balikkan keadaan. Misalnya, anda mendapat penolakan cinta, fikirkan mengapa gadis pujaan menolak padahal anda telah menyukainya bertahun-tahun.

Belajar dari pengalaman

Cubalah membuka memori lama, jika anda juga pernah mendapatkan sebuah penolakan di masa lampau, anda boleh menggunakan cara yang sama untuk mengatasinya. Atau mungkin yang anda hadapi sekarang tak ada apa-apanya dibandingkan yang terdahulu, jangan rasa sangat terkurung.

Jangan terlebih fikir

Terakhir, ada ungkapan mengatakan “Badai pasti berlalu” dan “Badai hanya meninggalkan pohon-pohon yang kuat”, jangan terlalu memikirkan perkara ini. Anggap ini sebagai ujian kenaikan level dalam hidup. Demikian dimuat di Lovepanky.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas