Tetaplah berhubung

Bangkit Kembali Dan Pastikan Diri Tidak Terluka Lagi

Hubungan

Bangkit Kembali Dan Pastikan Diri Tidak Terluka Lagi

Foto: Lovepanky

Bangkit Kembali Dan Pastikan Diri Tidak Terluka Lagi


Rasa patah hati, kehilangan, gagal, dan putus asa boleh datang bila-bila saja. Tetapi sebenarnya anda boleh mengelakkan perasaan tersebut.

Jika anda sedang patah hati dan tak ingin ada yang mengorek luka tersebut, cubalah cara-cara berikut ini agar terhindar dari hati terluka.

Yakin diri

Tak perlu semua orang tahu bahawa anda sebenarnya lemah. Jangan pernah berkata, “Aku mencintaimu,” kepada orang yang sudah menyakiti anda. Sembunyikan air mata agar tidak seorang pun tahu.

Jangan ungkap perasaan

Ketika anda baru patah hati kemudian ada yang bertanya tentang perasaan, anda tidak perlu menjawabnya jika memang tidak ingin. Elakkan juga perbualan mengenai perkara tersebut jika tidak bersedia, termasuk media sosial.

Jangan dekat dengan sesiapa

Elakkan menghabiskan masa dengan orang yang tidak tahu siapa anda sebenarnya. Sekali anda bercerita dia semakin ingin tahu seberapa dalam luka anda.

Jangan mengelak rutin harian

Saat anda terluka dan rasa kecil hati, memang rasanya ingin menjauhi dari semua aktiviti. Tapi perasaan ini tidak boleh anda turuti. Teruskan hari-hari anda agar orang tidak tertanya-tanya apa yang terjadi pada anda.

Jangan berharap

Ingatkan diri bahawa terlalu banyak berekspektasi hanya akan mengecewakan diri anda. Kendali diri untuk tidak mengharap keajaiban yang hanya ada dalam mimpi. Memetik sumber Familyshare.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas