Tetaplah berhubung

Bahaya Curang Dengan Pasangan Secara Online

Hubungan

Bahaya Curang Dengan Pasangan Secara Online

Foto: Google

Bahaya Curang Dengan Pasangan Secara Online


Pasti anda sering mendengar tentang bahayanya curang secara fizikal atau emosi dengan bukan pasangan bukan? Tapi, pernah tak anda mendengar mengenai “curang online”?

Curang atas talian selalunya dikaitan dengan komunikasi melalui berbual dengan lawan jenis di dunia maya. Namun, mengakses laman pornografi juga termasuk dalam kategori curang atas talian.

Berdasarkan kajian Zillman dan Bryant dalam Simplemarriage, sering menonton video pornografi secara langsung berhubung kait dengan penurunan keintiman seksual dengan pasangan. Kajian juga mendapati bahawa menonton video pornografi juga mengurangkan perhubungan kelamin.

Walaupun anda memanfaatkan kandungan video pornografi sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan pasangan, tetapi video pornografi melunturkan emosi.

Aktiviti seksual secara atas talian dirasakan oleh lelaki dan perempuan adalah tindakan pengkhianatan terhadap pasangan yang sahih dengan curang secara emosi. Pada kes yang lebih ekstrem, beberapa orang, tidak lagi berminat untuk menyentuh pasangannya kerana menganggap mereka tidak menarik seperti pelakon dalam kandungan video pornografi.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas