Tetaplah berhubung

Ahli Matematik Temui Formula Cinta

Hubungan

Ahli Matematik Temui Formula Cinta

Foto: Google

Ahli Matematik Temui Formula Cinta


Cinta adalah naluri dan lumrah dalam kehidupan kita di dunia. Tetapi, pernahkah anda terfikir formula untuk cinta yang berkekalan?

Formula untuk jatuh cinta? Mudah. Makan bersama + proses mengenali diri = bergayut di telefon.

Hubungan cinta yang sempurna? Masa + komunikasi x tarikan personaliti – emosi = hubungan yang intim.

Dan kita semua pernah mengalami hubungan yang romantis dimana jika ditambahkan jumlahnya, diletakkan di tempat yang tepat kemudian ditandakan dengan tanda “betul” dan skor adalah… entah bagaimana hubungan cinta tidak berkekalan.

Cinta itu mengecewakan, sukar untuk difahami, tidak mengiyakan. Terbit dengan kata-kata manis, keintiman hubungan dan kebahagiaan yang mustahil untuk dibuat-buat dan memenatkan untuk dikekalkan. Bolehkah algoritma laman sosial media dalam talian atau berkemungkinan dengan bantuan rakan anda, bolehkah cinta itu hadir tanpa dipaksa?

Walaupun sains belum dapat menghasilkan pasangan yang sempurna, ahli matematik mendakwa telah menemui formula yang dapat meramalkan bagaimana cinta itu akan kekal. Penyelidikan yang dijalankan oleh MSN tersebut mendedahkan rumusan cinta mampu menentukan hubungan yang berjaya dan berkekalan – dengan faktor-faktor seperti humor ketika bersama ditentukan lagi dengan faktor cinta bekas kekasih yang terdahulu.

Menurut kajian selidik yang dilakukan terhadap 2,000 lelaki dan perempuan itu, 25 peratus daripada lelaki dan wanita percaya pasangan mereka seharusnya mempunyai empat bekas kekasih sebelum memberi komitmen untuk hubungan yang serius (satu daripada lima lelaki berpaut kepada kepercayaan tradisional bahawa mereka harus menjadi wanita ideal mereka sebagai yang “pertama”).

Kaji selidik itu juga mendapati bahawa lelaki lebih mengutamakan kepintaran dan dua kali dari jumlah tersebut didapati wanita lebih mempercayai bahawa hubungan seksual yang baik adalah penting untuk jaminan kebahagiaan dan hubungan yang berkekalan.

Kejutan terbesar adalah sifat penampilan nombor satu yang kita semua nampak adalah kecerdasan. Bukannya hubungan seksual terhadap pasangan berlawanan jantina.

Formula cinta yang dihasilkan (L = 8 + .5Y – .2P + + .9Hm .3Mf + J – .3G – .5 (Sm – Sf) 2 + I + 1.5C – lihat di bawah) boleh menentukan berapa lama cinta atau hubungan di antara dua insan dijangka akan bertahan.

Adakah formula tersebut benar-benar berkesan? Katakan untuk menguji hipotesis dan mendapatkan keputusan melalui cara yang sangat saintifik (dalam erti kata lain, sebarkan kepada dunia, melalui facebook contohnya, bahawa saya masih bujang dan tidak mempunyai sebarang kekasih dan bersedia untuk bergaul dengan berlainan jantina dengan menggunakan formula matematik). Saya gunakan formula tersebut terhadap rakan-rakan yang tidak mencurigai dengan eksperimen ini dan bergaul dengan mereka sepanjang petang, dan akhirnya mendapati salah seorang dijangka cintanya bakal berkekalan untuk jangka masa 12.9 tahun.

Masalah yang dihadapi sekarang… saya tak menyukai dia. Dan walaupun 12.9 tahun saya boleh curahkan cinta untuk hubungan kekal bahagia, si dia tidak berapa minat untuk melakukan perihal yang sama. Itu sains untuk anda. Dan sekarang, sila kembali ke papan lukisan.

Formula diperjelaskan:

L = 8 + .5Y – .2P + + .9Hm .3Mf + J – .3G – .5 (Sm – Sf) 2 + I + 1.5C

L: Ramalan berapa lama hubungan untuk bertahan.

Y: Bilangan tahunan dua insan mengenali satu sama lain sebelum menjadikan hubungan serius

P: Bilangan bekas kekasih buat kedua-dua (ditambah bersama-sama)

Hm: Kepentingan lelaki terhadap kejujuran dalam perhubungan

Mf: kepentingan wanita terhadap wang dalam hubungan

J: Kepentingan kedua-dua terhadap humor (ditambah bersama-sama)

G: Kepentingan kedua-dua terhadap penampilan diri (ditambah bersama-sama)

Sm dan Sf = Kepentingan lelaki dan wanita terhadap hubungan seksual

I = Kepentingan terhadap keluarga mertua yang baik (ditambah bersama-sama)

C = Kepentingan terhadap anak-anak dalam hubungan (ditambah bersama-sama)

Nota: Semua langkah-langkah ‘kepentingan’ di atas diletakkan dalam skala 1 sehingga 5 di mana 1 adalah tidak penting langsung dan 5 adalah sangat penting. – AliffChannel.com

Gambar: 123GreetingsQuotes

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas