Tetaplah berhubung

Adat Mencari Pasangan Menurut Islam

Foto: Alsyed

Hubungan

Adat Mencari Pasangan Menurut Islam

PERADABAN dunia yang semakin berkembang mambawa manusia pada setiap interaksi. Di mana-mana kerap dijumpai lelaki dan wanita menjalin hubungan dekat tapi tidak semua daripada mereka sudah berkahwin.

Walaupun sudah dekat dengan teman lawan jenis, masih saja mereka sendiri. Seolah-olah banyak sebab mereka berfikir dua kali untuk berkahwin. Seolah pemuda itu benar-benar menunggu sehingga mendapat pasangan yang betul-betul tepat. Seperti dimuat di Soundvision, berikut ini adat mencari pasangan menurut Islam.

Tanya pada diri sendiri sebab ingin menikah

Ini adalah soalan baik untuk membuat keputusan apa tujuan anda berkahwin dalam perspektif Islam. Pernikahan adalah sebahagian daripada iman dan itu Sunnah Nabi Muhammad.

Tanya pada diri sendiri apa yang anda cari dari pasangan

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi berkata: “Lelaki memilih wanita kerana empat sebab: kerana harta, kedudukan, paras, dan agama. Tetapi pilihlah berdasarkan agamanya sebab kebaikan yang ada di dalamnya.” (Bukhari, Muslim).

Menundukkan pandangan

Syarat ini sepertinya banyak yang menentang. Tetapi tidak. Sebab, kualiti seseorang tidak boleh dilihat berdasarkan fizikal sahaja. Namun, melihat paras seseorang itu perlu, asalkan tidak dengan hawa nafsu.

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” (Quran 24:30)

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Quran 24:31)

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas