Tetaplah berhubung

Adakah Anda Cemburu Atau Obses Terhadap Pasangan

Hubungan

Adakah Anda Cemburu Atau Obses Terhadap Pasangan

Foto: TONFEB.com

Adakah Anda Cemburu Atau Obses Terhadap Pasangan

Cemburu terhadap pasangan sebenarnya satu perasaan wajar dalam hubungan. Jika cemburu dengan cara yang betul, cemburu mampu mengeratkan lagi hubungan dengan pasangan.

Sebaliknya,berhati-hatilah dalam cemburu yang berlebihan, cemburu mampu berubah menjadi obsesi. Jika masih bingung membezakan antara perasaan cemburu dan obsesi, berikut contoh yang diolah dari Retroactivejealousy, yang mampu membantu dalam memahami kedua konteks ini.

Cemburu

Sedikit khuatir ketika pasangan anda bertemu dengan kekasih lamanya di acara reunion sekolah. Namun fikiran ini segera ditepis jauh-jauh kerana rasa percaya pada pasangan.

Rasa risau ketika pasangan membuka akaun facebook kekasih lama. Atau, sering tertanya-tanya tentang masa lalu dirinya. Tidak menyukai perasaan di mana pasangan anda sedang berada adakah bersama dengan kekasih lamanya. Jika anda rasa khuatir adakah pasangan tidak bahagia bersama dengan anda, ini dikatakan rasa cemburu.

Obsesi

Dihantui rasa takut pasangan anda akan berubah setiap kali bertemu dengan gadis cantik. Membuka akaun facebook pasangan anda, mencari perihal dirinya melalui enjin carian Google, malah mengekorinya sampai ke rumah.

Anda boleh dikatakan obses, jika tanpa berhenti bertanya tentang masa lalu pasangan baik secara langsung mahupun melalui orang yang terdekat. Disertai dengan soalan secara paksaan untuk mendapatkan jawapan yang diinginkan. Sebagai contoh:

” Awak kat mane? Awak awak kat mane? Awak kat mane? ” 

Jika anda sentiasa melarang pasangan pergi bersama kawannya dan terus membandingkan dirinya dengan pasangan lama anda. Anda juga adalah seorang yang obses dengan pasangan anda yang terdahulu.

(nip)

loading...
Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas