Tetaplah berhubung

8 Cara Mudah Membina Keintiman Dan Mengekalkan Hubungan Untuk Jangka Panjang

Hubungan

8 Cara Mudah Membina Keintiman Dan Mengekalkan Hubungan Untuk Jangka Panjang

Foto: Google

8 Cara Mudah Membina Keintiman Dan Mengekalkan Hubungan Untuk Jangka Panjang


Setelah beberapa bulan bercinta, segala-galanya seolah-olah tiba ke tahap bom nuklear. Semua masalah kecil tiba-tiba menjadi sebuah gunung yang yang ragu untuk didaki semula: Bagaimana kita boleh merasa perasaan begitu? Sekiranya cinta “sejati” itu mudah. Bagaimana kita benar-benar mengetahui kita saling melengkapi antara satu sama lain?
Setelah melalui pelbagai pertengkaran, salah satu perkara utama yang kita sedar adalah tidak lagi menghabiskan masa bersama-sama, dan mengabaikan hubungan yang telah terbina. Kita kemudian banyak menghabiskan masa untuk menyendiri, bercakap – malah untuk bergurau senda. Hasilnya, diri merasa lebih terputus antara satu sama lain, dan hilang rasa empati ketika keadaan menjadi semakin keruh. Itu boleh difahami, jika kesilapan cuma hal yang sedikit.

Hubungan yang sihat sentiasa berkembang dan berubah – oleh itu, dengan sifat seorang perempuan, selalu cukup tidak selesa dibuatnya. Tiada kata yang dapat dicapai melalui persefahaman (diharapkan) di mana kita berhenti atau mencabar antara satu sama lain. Hasilnya boleh mengganggu emosi – bagaimana anda kekalkan hubungan dari perasaan negatif masing-masing, pada satu tahap, dalam hidup tanpa untuk berenggang antara satu sama lain?

Dalam konteks ini, pertama. Cuba untuk memahami. Idea adalah untuk mengekalkan keintiman dan membina empati antara satu sama lain, perkara-perkara kecil tertentu boleh menjadi perbezaan yang sangat besar.

Berikut adalah lapan perkara yang kita boleh lakukan yang membantu hubungan kita untuk terus berkembang lebih serasi. Mungkin ini akan memudahkan anda, atau memberi anda inspirasi apabila datang kepada perkara “gila kecil” yang dinamakan cinta.

Teknik “geng”

Idea untuk “geng” datang kerana ini adalah permainan lazim anak-anak kecil untuk bermain di sekolah. Ia adalah mudah, dan agak kejam sebenarnya – seperti apabila anda melihat orang gila ketika di jalan raya, anda gelarkan seolah-olah dengan mengatakan “lihat kawan awak tu, tu geng awak.”

Permainan ini adalah mudah: Sentiasa mencari orang hebat di sekeliling kita untuk dipanggil sebagai “geng” kita (Realiti; ramai di antara orang yang hebat kini adalah mereka yang digelar “loser” atau “nerd” di sekolah). Permainan ini cuma ada satu peraturan: Orang lain perlu melihat geng yang anda maksudkan.

Permainan “geng” ini sebenarnya menarik dan mampu mendekatkan hubungan kita, dengan rasa kehadiran dan penghargaan ketika berjalan kaki di sekitar kejiranan atau di dalam LRT/Monorel/Keretapi bersama-sama si dia.

Tetapkan Hari Untuk “Dating”

Idea ini datang dari pasangan rakan kenalan yang sudah berkahwin. Pada awalnya, mereka memberitahu mereka merancang tarikh malam Jumaat setiap minggu untuk “dating”, saya fikir cadangan itu agak lucu sebenarnya, jika anda bayangkan umur anda di pertengahan umur.

Cuba Untuk Merenung Mata Si Dia Lebih Dari 2 Minit

Yang pastinya. Pada mulanya anda akan berasa aga kekok. Anda akan fikir anda tengah merenung si dia sepanjang masa, tetapi tak perlu untuk merenung lebih dari 2 minit secara langsung – walaupun ketika bersama – lakukan lebih daripada beberapa saat sudah memadai.

Jika anda mampu untuk menghadapi satu sama lain dan melihat ke dalam mata masing-masing selama dua minit – tanpa ketawa – anda akan membina keintiman utama dan kepercayaan. Anda mungkin fikir ini mudah untuk dilakukan, tetapi adalah satu usaha dengan penuh rasa rendah hati.

Projek Seni Si Dia

Salah satu kenangan manis saya mengenai hubungan awal cinta adalah menghabiskan bersama-sama dan memberi projek seni antara satu sama lain untuk dilakukan selama beberapa jam. Jika si dia suka fotografi, anda boleh senarai perkataan (seperti “biru”, “cinta”, “novel” dan “rumah”) dan menyuruh si dia untuk mengambil gambar mewakili setiap senarai perkataan. Dan juga sebaliknya, si dia boleh memberi tugasan kepada anda seperti menulis syair. Dan kongsikan bersama setelah projek siap.

Ini boleh membina keintiman pada masa yang sama. Dan cara terbaik untuk melatih kreativiti, sementara memupuk rasa cinta.

Membeli-belah Bersama

Ya, memilih makanan apa untuk dimasak bersama-sama sememangnya bagus, tetapi kadang-kadang, hanya dengan membeli-belah makanan bersama-sama boleh menjadi jadi sangat menyeronokkan. Cuba bermain satu permainan bersama-sama si dia di mana anda ke kedai runcit dan memilih tiga barangan untuk si dia yang anda rasa si dia suka. Dengan cara ini, anda memilih untuk memahami selera pasangan anda dengan keperluan harian mereka, dan pasangan anda akan lebih menghargai anda. (Terutamanya jika ia melibatkan coklat. Saya tak tipu tau!)

Check-In Pasangan Secara Mingguan

Salah satu cara terbaik untuk membuat pasangan bercakap mengenai hubungan anda dengan cara tidak menakutkan adalah menggunakan teknik mingguan check-in dengan satu sama lain. Kedengaran aneh? Ya, tetapi anda boleh menjadikan sedikit tradisi dalam hubungan anda, sesuatu yang anda lakukan untuk hubungan anda dan si dia.

Berikut adalah cara untuk melakukannya: Dalam pengalaman saya, cara yang paling berkesan untuk melakukan check-in ini adalah untuk duduk menghadap satu sama lain, sama ada bersila, atau di kerusi. Salah seorang boleh bercerita, sementara yang lain hanya mendengar. Mereka mengatakan apa yang ada di fikiran mereka, selama mana mereka mahu, sehingga mereka selesai. Cuba untuk berbicara dengan jujur dan dengan penuh empati tentang apa pun yang mereka rasakan pada saat itu, dan bagaimana perasaan mereka tentang hubungan yang terjalin. Anda hanya perlu mendengar. Selepas itu, anda mengambil semangat yang sama dari mendengar, tetapi alihkan ke dalam perbualan.

Anda akan fikir ia akan membawa kepada pergaduhan atau mengundang rasa meluat. Ya, kadang-kadang boleh berlaku. Tetapi jika anda lakukan pendekatan latihan dengan sikap terbuka dan penuh rasa kasih, ia benar-benar dapat membina hubungan intim yang luar biasa dan membantu mengelakkan hujah pergaduhan di masa depan. Karena setiap orang mendapat peluang untuk merasa didengar sepenuhnya dan perasaan mereka yang terbuku, jangan terkejut jika selepas itu anda rasa lega luar biasa.

Bacakan Untuk Si Dia Dengan Suara Lantang

Membaca adalah sangat selesa apabila kita membaca dengan suara lantang atau mendengar orang membaca, bukan? Lebih lagi cerita-cerita yang menarik dan anda sedang duduk bersebelahan dengan si dia.

Reka Rencana Sekali Setiap Bulan Untuk Tidak Berbuat Apa

Hari kegemaran setiap orang – samada bujang atau dalam hubungan – Hari apabila anda merancang untuk tidak mempunyai sebarang rancangan untuk sepanjang hari. Biarkan pasangan anda tanpa obligasi, dan berjanji satu sama lain anda tidak menganggu untuk melakukan sesuatu.

Selain dapat menghabiskan masa bersama-sama – rasa bebas dan santai. Ia turut membantu anda ke awal perhubungan anda apabila anda sedang jatuh cinta kali pertama. Apabila anda tidak membuat perancangan, dunia seola-olah terasa indah, dan begitu juga dengan pasangan anda. Dan kedua-duanya, rasa cukup indah.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas