Tetaplah berhubung

7 Ciri Orang Yang Bersikap Negatif

Hubungan

7 Ciri Orang Yang Bersikap Negatif

Foto: Forbes

7 Ciri Orang Yang Bersikap Negatif


Gemar mengeluh, kurang percaya diri, asyik bimbang, suka bermuram, dan mudah cemas. Ini adalah contoh sifat-sifat umum yang ada pada orang yang bersikap negatif.

Berikut cara mengenali orang-orang negatif di persekitaran anda.

Selalu bimbang

Orang negatif selalu bimbang melakukan kesalahan walaupun langkah yang mereka tempuhi sudah betul.

Banyak komplain

Orang negatif adalah seorang yang suka mengeluh. Majoriti suka mengeluh tentang perkara yang tidak membuat mereka rasa selesa. Seperti seluruh dunia menentang mereka. Mereka mengeluh tentang pelbagai isu dari cuaca, rakan, hingga tempat kerja.

Kurang berprestasi

Orang negatif biasanya fikir mereka tidak cukup pintar atau berkemampuan. Mereka tidak berminat menggapai impian/kejayaan di masa hadapan.

Bermasalah

Mereka tidak pernah dapat melihat kehidupan dari sisi yang baik. Walau hanya perihal kecil, mereka selalu buruk sangka. Tiada yang mampu membawa senyum di wajah mereka. Orang negatif jarang membayangkan kejayaan. Sebaliknya, mereka selalu membayangkan kegagalan.

Takut bereksperimen

Orang negatif takut keluar dari zon selesa. Mereka tidak boleh menghadapi rasa takut, rasa tidak selesa, cabaran, atau kegagalan. Itu sebabnya, mereka tidak pernah mampu untuk mencuba pengalaman baru dan umumnya terjebak dalam zon kehidupan yang membosankan.

Menghabiskan tenaga

Orang negatif menyedut semua tenaga di sekeliling. Mereka membuatkan fizikal rasa lemah malah juga emosi orang-orang di sekitarnya.

Mempunyai pengalaman terhad

Orang negatif tidak menikmati kegembiraan, keghairahan, keindahan, dan kegembiraan. Hidup mereka tidak berkembang dan membosankan. Demikian memetik Timesofindia.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas