Tetaplah berhubung

6 Ungkapan Biasa Bagi Lelaki Untuk Memutuskan Hubungan Percintaan

Hubungan

6 Ungkapan Biasa Bagi Lelaki Untuk Memutuskan Hubungan Percintaan

Foto: The Huffington Post

6 Ungkapan Biasa Bagi Lelaki Untuk Memutuskan Hubungan Percintaan


Rasa perasaan putus cinta itu menyakitkan? Baca apa yang orang lain terpaksa lalui.

Biarlah Kita Berkawan Sahaja

Ayat ini kebiasaannya datang ketika lelaki itu masih mahukan anda tetapi belum sedia berkomitmen untuk tahap hubungan yang seterusnya. Ini terjadi apabila si dia tidak pasti sama ada dia mencari orang lain dan si dia memerlukan anda berada di situ sebagai pilihan kedua apabila si dia gagal. Bunyinya agak kasar tetapi ianya realiti kehidupan. Wahai wanita, pilihlah kehormatan diri dan katakan tidak kepada “sekadar berkawan sahaja”.

Awak Baik, Awak Cantik, Tapi…

Mimpi ngeri apabila seseorang pemusnah hubungan datang bermain ke dalam alam percintaan anda. Dan seseorang itu pula lebih baik daripada segala aspek yang anda miliki dan si dia pula terasa layak untuk bersamanya. Ini berlaku apabila si dia gilakan kesempurnaan, mengutamaan penampilan wanita melebihi perasaan cinta terhadap anda, anda tidak perlu bersedih kerana anda lebih baik dari itu. Kecantikan akan hilang, tetapi perasaan cinta itu kekal selama-lamanya, dan seseorang yang tidak boleh menghargai perasaan anda tidaklah perlu untuk anda bersama dengannya.

Saya Takut Untuk Memberi Sebarang Komitmen

Ini bermakna bahawa si dia tidak matang dan membuang masa anda. Lelaki yang “takut komitmen” adalah lelaki yang ingin mencuba nasib mereka dengan setiap gadis yang mereka jumpa dan mereka tidak mahu terjebak dengan hanya satu gadis selama-lamanya. Anda perlu membiarkan si dia pergi, bagitahu si dia bahawa, dirinya itu tidak matang dan carilah seseorang wanita yang si dia tidak takut untuk pegang erat tangan dan tidak takut untuk tunjukkan kepada dunia.

Saya Perlukan Lebih Masa

Ini bermakna berkemungkinan si dia sama ada mempunyai insan istimewa yang lain di hatinya atau menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak mahu anda mengetahui perihal tersebut dan menghina dirinya. Jangan salah sangka, ini adalah perkara biasa dalam keadaan tertentu sebagai contoh di mana anda atau si dia melalui masa sukar bertengkar dengan seseorang atau mahu satu tempoh masa untuk berfikir sebelum meluahkan perasaan, tetapi dalam kebanyakan kes ini hanya bererti si dia merasakan anda telah melebihi dirinya atau sebaliknya dan mahu anda luangkan masa bersendirian sebentar.

Awak Berhak Dapatkan Lelaki Yang Lebih Baik

Dalam perkataan lain, si dia cuba memberitahu anda untuk anda berfikir samada dirinya orang yang tepat untuk anda. Jenis-jenis frasa psikologi terbalik ini sangat biasa di kalangan orang yang terlalu takut untuk bersama membina mahligai impian atau tidak mengasihi anda dan jemu melihat anda setiap hari. Tetapi si dia betul, anda berhak dapatkan yang lebih baik dari dirinya, lebih baik daripada seseorang yang tidak dapat menyatakan perasaan mereka yang sebenar dan tidak mempunyai keberanian untuk mengatakan apa yang mereka rasakan. Setuju?

Saya Belum Bersedia

Whops! Kita sebenarnya terbiasa mendengar baris kata ini, ia hanya perkataan seorang lelaki yang berbelit-belit kerana tidak mampu menyatakan “Saya tidak mahu anda lagi”. Baris kata ini mungkin datang dalam bentuk maksud-maksud lain “Ini cuma saya. Saya tak okay. Tinggalkan saya.”, “Awak terbaik buat saya, tetapi tolonglah berikan saya masa”, “Saya tak mampu untuk memikul sebarang tanggungjawab, tetapi jika diberi peluang awaklah orangnya yang saya ingin jadikan isteri”. Ia cuma satu taktik seseorang lelaki untuk memberitahu anda dia mahu wanita lain dan tidak bersedia berkomitmen dengan anda. Carilah seseorang yang menghargai Anda.

Catatan tambahan:- Artikel ini ditulis oleh seorang lelaki. 🙂

(nip)

 

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas