Tetaplah berhubung

6 Tips Melahirkan Anak Genius

Hubungan

6 Tips Melahirkan Anak Genius

Foto: Google

6 Tips Melahirkan Anak Genius


Wanita umumnya inginkan keturunan dengan dilahirkan melebihi dirinya sendiri. Bagi wanita yang mengimpikan anak genius, dipetik dari pelbagai sumber perhatikan tujuh perihal berikut. 

Makanan berkhasiat

Tambah hidangan buah, sayur, omega-3 selama anda hamil. Buah dan sayur mengandungi banyak vitamin sehingga dapat menyokong perkembangan otak bayi. Sementara omega-3, adalah “makanan otak”, dan penting untuk perkembangan bayi. Anda boleh mencari omega-3 pada ikan dan makanan tambahan minyak ikan. Selain itu, makan telur sebagai sumber choline juga dapat meningkatkan fungsi otak, menguatkan lagi memori selama perkembangan bayi.

Yoga hamil

Senaman yoga hamil adalah gaya ibu hamil masa kini. Senaman ini berguna untuk perkembangan otak bayi dan bermanfaat bagi ibu hamil yang mengalami tekanan, gugup, atau marah. Semua hal negatif ini perlu dielakkan ibu hamil kerana akan mempengaruhi perkembangan si bayi. Oleh itu, kelas yoga dianggap boleh membuat ibu hamil lebih rilek.

Mendengar muzik

Tidak perlu membeli headphone untuk memberi suara muzik pada bayi ketika masih dalam kandungan. Anda boleh mendengar muzik seperti biasa, salah satu cara dengan mendengar lagu klasik. Khususnya, muzik dengan nada santai. Sebab, mendengar muzik secara rutin dapat membina saraf otak bayi.

Merangsang bayi

Kajian Journal of the American of Child and Adolescent Psychology mencari fakta bahawa cahaya malap boleh merangsang bayi ketika diletak dekat dengan perut ibu. Elakkan cahaya terang pada perut. Perkara itu memberi kesan pada mata bayi. Selain itu, menyentuh perut dengan lembut juga termasuk salah satu cara merangsang bayi.

Hindari bahan beracun

Jauhkan diri anda dari ubat-ubatan terlarang, alkohol, asap rokok, dan bahan-bahan toksik yang lain. Ini harus dilakukan jika anda ingin perkembangan otak bayi dalam rahim tidak terganggu.

Melahirkan cukup bulan

Bayi yang lahir tidak cukup bulan tidak mempunyai perkembangan otak yang sama dengan bayi lahir cukup bulan. Perhatikan kesihatan semasa hamil agar terhindar dari keadaan melahirkan bayi lebih awal.

(nip)

 

 

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas