Tetaplah berhubung

6 Teks Bual Perlu Dielak Dengan Jejaka Kekasih Hati

Hubungan

6 Teks Bual Perlu Dielak Dengan Jejaka Kekasih Hati

Foto: bookcity.co.il

6 Teks Bual Perlu Dielak Dengan Jejaka Kekasih Hati


Teks bual dengan orang yang tersayang menyeronokkan bukan? Tetapi, tidaklah menyeronokkan jika anda mempunyai habit teks dengan ayat-ayat di bawah.

Kita Putus!

Jadi, anda telah memutuskan untuk mengakhirinya hubungan anda dengan teman lelaki anda, pastikan anda cukup sifat perikemanusiaan untuk melakukannya sendiri atau melalui panggilan telefon. Anda tidak harus, atau jangan sekali PERNAH, memutuskan satu hubungan dengan hanya beberapa perkataan teks mesej. Perihal begini adalah sangat sensitif dan boleh mencelarukan minda seseorang, hal seperti ini perlu ditangani dengan penuh perhatian dan empati diri. Makluman, mungkin juga boleh membuat anda rasa takut untuk menghadapi si dia atau untuk melakukannya di hadapan mereka. Dalam beberapa situasi, jika benar payah untuk anda membuat panggilan telefon atau berhadapan dengan si dia, sekurang-kurangnya jangan menggunakan dua perkataan, “Kita Putus”.

Kenapa Awak Tak Balas Teks?

Fahami fakta bahawa teman lelaki anda juga berkemungkinan sibuk dengan kerjaya dan pelajaran. Oleh itu, sebagai teman wanita yang baik, anda tidak perlulah untuk mengongkong. Teks pesanan ringkas seperti “Kenapa awak abaikan saya?” hanya akan membuat si dia terpaksa membalas teks anda kerana tidak mahu bertengkar atau membuat anda marah dan berfikir bukan-bukan mengenai dirinya. Teruskan memberi sokongan dan bersabar. Kita semua memerlukan ruang peribadi diri sendiri.

Teks Mabuk

Jika anda seorang Islam, sila abaikan pembacaan atau anda boleh fahami konteks ini dengan istilah “meroyan”. Teks mesej di bawah pengaruh alkohol tidak pernah menjadi satu idea yang baik melainkan jika anda benar-benar boleh mengawal diri sendiri, dan kebanyakan dari kita tidak boleh. Menghantar teks di bawah pengaruh alkohol, anda mungkin katakan perkara-perkara yang menyebabkan kehancuran dalam hubungan dimana teman lelaki anda melihat anda dari sudut berlainan dan memahami bagaimana sukarnya anda mengendalikan situasi. Dalam keadaan tertentu, pesanan teks mabuk membawa kepada perbualan telefon bimbit tetapi itu hanya berlaku cuma beberapa kali, kebanyakan masa anda akan bangun dari tidur dan memikirkan mengapa anda katakan sesuatu yang tidak seharusnya.

Screenshot Dari Perbualan Teks Yang Lepas

Ini adalah salah satu perbuatan yang paling lemah duntuk menyaring sesuatu dari argumen perbualan dengan teman lelaki anda. Memanfaatkan screenshot perbualan anda pada bulan-bulan lepas hanya semata-mata untuk memenangi argumen anda. Pastikan argumen berdasarkan pada masa kini dan jangan sekali cuba menggali hal-hal yang terdahulu yang berkemungkinan si dia tidak ingat lagi. Hal sebegini hanya akan membawa kepada argumen yang berpanjangan dengan kedua-dua berusaha untuk memenangi argumen masing-masing dan pada akhirnya saling menyakiti antara satu sama lain.

Awak Ada Girlfriend Lain Ey?

Perasaan cemburu dan was-was adalah wajar terutamanya wanita, tetapi jangan sampai ke titik di mana anda mula menakutkan teman lelaki anda. Berkemungkinan si dia sibuk selama beberapa hari, dan si dia tidak mampu untuk bercakap dengan anda, jangan berfikiran negatif dan tanya jika si dia mempunyai wanita lain. Jika anda mempunyai perasaan was-was, anda hanya perlu berbincang pada masa yang sesuai untuk menyelesaikan isu-isu ini di berhadapan dengan dirinya daripada menghantar teks mesej dengan tuduhan yang bukan-bukan justeru membawa kepada kehancuran dalam hubungan anda.

Terlebih Sarkasm

Sarkasm atau lebih tepat lagi sindiran tidaklah menyakitkan, selagi ia dilakukan dengan betul. Jika anda masih di peringkat awal hubungan dengan teman lelaki anda, elakkan menjadi seorang “Supersindir” untuk membuat diri anda kelihatan lucu, anda mungkin lakukannya dengan kasar. Lakukan sarkasm pada tahap yang normal, jika teks mesej anda kelihatan menyakiti si dia, jadilah “Superwomen” kemudian fikirkan kembali dan hindari sebelum menghantar pesanan teks.

(nip)

 

Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas