Tetaplah berhubung

6 Pertanyaan Yang Harus Anda Tanya Sebelum Berkahwin Dengan Si Dia

Hubungan

6 Pertanyaan Yang Harus Anda Tanya Sebelum Berkahwin Dengan Si Dia

Foto: Google

6 Pertanyaan Yang Harus Anda Tanya Sebelum Berkahwin Dengan Si Dia

Dia sudah melamar? Sebelum menerima lamarannya, Anda pasti sudah memantapkan hati untuk menerimanya atau tidak, bukan?

Masalahnya, bukan hanya masalah hati yang perlu dimantapkan. Ada beberapa perkara asas lain yang sebaik-baiknya anda bincangkan berdua dengannya. Sebelum berkahwin dengannya, pastikan anda sudah bertanya mengenai hal-hal ini.

Apa pendapat si dia tentang berkongsi wang pendapatan?

Jika anda berdua sama-sama bekerja, penting berbincang tentang soal pendapatan. Adakah anda nanti akan sharing money atau berkongsi pendapatan untuk mencukupi keperluan rumah tangga atau hanya si dia yang akan memberi nafkah. Ini boleh membantu anda mengatur soal kewangan rumah tangga.

Rancangan untuk dilakukan 5 tahun ke depan?

Anda berdua juga mahu tak mahu berfikir soal jangka panjang. Misalnya, apa yang akan kalian lakukan 5 tahun ke depan. Adakah meniti kerjaya dulu, beli rumah, anak atau apa? Anda berdua harus mempunyai tujuan yang sama, berjalan di arah yang sama sehingga tiada salah faham dan lebih mudah memahami satu sama lain.

Apa harapan tuan terhadapnya dan harapannya terhadap anda?

Hal ini juga harus jelas. Anda pasti ada jangkaan tertentu terhadapnya, begitu pula dengannya. Ini harus dikongsikan secara langsung. Anda dan pasangan akan ada impian berbeza. Jika anda berdua ada pekerjaan berbeza dan memaksa anda berdua untuk hidup berjauhan, anda harus berbincang bagaimana akan menghadapi hal ini kerana ini akan memberi pengaruh pada kehidupan rumah tangga.

Bila hendak mempunyai anak?

Perancangan terhadap adanya anak juga kritikal untuk dibicarakan. Ada pasangan yang ingin mengejar kerjaya dulu, menabung wang untuk memenuhi keperluan dulu, baru ada anak. Ada yang memang terus mahukan anak. Bercakap dengannya pada bila-bila anda merancang untuk anak dan sebagainya. Begitu pula jika rancangan anda berdua berbeza dengan keinginan ibu bapa. Anda harus satu hati untuk meyakinkan ibu bapa pada bila-bila masa.

Adakah dia boleh menerima jika bentuk tubuh berubah?

Ada kalanya cinta tak memandang rupa, ada juga yang mementingkan penampilan. Setelah melahirkan atau tua nanti, berkemungkinan tubuh akan berubah, tanyakan padanya adakah si dia okay, atau bagaimana. Pastikan anda berkahwin dengan lelaki yang mencintaimu seadanya dalam hati dan fikiran, bukan hanya penampilan.

Berapa penting hubungan intim baginya?

Kelihatan tabu untuk dibahas? Tapi, soal ini boleh jadi penentu kekal atau tidaknya pernikahan anda nanti. Setiap lelaki cenderung mempunyai nafsu yang berbeza-beza dan tak ada salahnya bertanya soal ini. Berkemungkinan anda akan ada masalah tentang hal ini nanti.

Berkahwin memang bukan perkara remeh, anda dan dia memang harus mempersiapkan diri dengan baik dan saling faham satu sama lain agar rumah tangga kalian bangun sesuai harapan.

(nip)

loading...
Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas