Tetaplah berhubung

5 Cara Semulajadi Mencegah Rambut Gugur

Hubungan

5 Cara Semulajadi Mencegah Rambut Gugur


Rambut gugur kerap menjadi masalah yang paling umum tidak kira jantina dan usia baik lelaki atau wanita, tua ataupun muda.

Jadi, mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebetulnya banyak cara yang boleh diguna untuk mencegah keguguran rambut, tentunya dengan cara semula jadi, dipetik dari laman Timesofindia.

Ingin tahu cara yang boleh dilakukan untuk mencegah keguguran rambut? Berikut huraiannya.

Rawatan minyak panas

Gunakan minyak semulajadi, variasi apa saja. Misalnya minyak zaitun, minyak kelapa ataupun minyak kanola. Panaskan hinggah menjadi suam-suam panas, usapkan perlahan-lahan ke kulit kepala. Bungkus rambut dengan topi mandi, biarkan selama satu jam kemudian cuci bersih rambut.

Meditasi

Percaya atau tidak, akar rambut rapuh dan tidak kuat disebabkan oleh faktor stress dan terlalu banyak berfikir. Dengan meditasi, cara ini dapat membantu mengurangkan stress dan menyeimbangkan hormon.

Teh hijau

Buat teh hijau dalam bekas cawan dengan menggunakan 2 beg teh. Aplikasikan 2 beg teh yang hangat ini ke kulit kepala, biarkan selama 1 jam kemudian bilas rambut dengan bersih. Teh hijau dikenali mengandungi banyak zat antioksidan yang membantu mencegah rambut gugur dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

Urut kulit kepala

Ritual mengurut kulit kepala selama beberapa minit jika dilakukan rutin setiap hari akan sangat membantu merangsang peredaran menjadi lancar. Dalam mengurut kulit kepala ini boleh juga dengan menggunakan minyak lavender, minyak almond, atau minyak biji bijan.

Jus semulajadi

Buat jus semulajadi dengan menggunakan bahan-bahan seperti bawang putih, halia, ataupun bawang merah. Aplikasi jus ini ke kulit kepala, biarkan semalaman. Cuci rambut hingga bersih pada keesokan harinya.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Trending

Ke Atas