Tetaplah berhubung

4 Perkara Lelaki Wajib Tahu Sebelum Berkahwin

Hubungan

4 Perkara Lelaki Wajib Tahu Sebelum Berkahwin

Foto: Pinterest

4 Perkara Lelaki Wajib Tahu Sebelum Berkahwin

Berkahwin bukanlah sesuatu yang boleh diputuskan dalam waktu singkat. Anda harus memantapkan hati dan mengetahui beberapa perkara sebelum menjalani perkahwinan.

Kehidupan seseorang bujang dan berkahwin sangatlah berbeza. Tidak setiap waktu rasa bahagia seperti yang anda bayangkan.

Dimuat dari Foxnews, berikut beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebagai lelaki sebelum berkahwin:

Kehidupan lebih sukar daripada yang dibayangkan

Semasa masih bujang, anda mungkin fikir bahawa berkahwin adalah mudah. Kehidupan akan sentiasa bahagia. Tapi, ketika anda memasuki perkahwinan, kehidupan akan rasa lebih sukar daripada apa yang dibayangkan. Tetapi, tak perlu bimbang kerana semua orang yang berumah tangga pasti akan mengalami masa-masa sukar dan akan melaluinya dengan baik.

Tidak lepas dari masalah

Tak kisah secantik mana isteri anda, tiada wanita yang sempurna. Dia mungkin ada kisah masa lalu yang tidak bagus. Tapi yang perlu anda fahami, masa lalu tidak menentukan masa depan. Jadi tak perlu menilai peribadinya hanya dari kejadian masa lalu. Anda harus mula memikirkan ini dari sekarang agar bersedia menghadapi kenyataan dalam rumah tangga.

Calon isteri anda mungkin tidak seperti ibu anda

Anda mungkin mengagumi sifat ibu dan kelak ingin mempunyai isteri dengan sifat seperti ibu. Namun, tiada yang boleh memberi jaminan tentang hal ini. Kerana, calon isteri anda pasti mempunyai sifat yang berbeza dengan ibu. Jika anda telah memilih isteri yang baik, biarkan dia baik versi dirinya sendiri. Tak perlu memaksanya untuk berkelakuan seperti ibu anda.

Hubungan kelamin selepas berkahwin adalah sesuatu yang bagus

Melakukan hubungan kelamin selepas perkahwinan adalah sesuatu yang akan membuat anda rasa puas dan bangga. Sebab, penantian selama ini akhirnya boleh anda dapatkan dengan isteri yang dicintai. Anda tak perlu lagi malu membicarakan tentang hubungan kelamin dan kehidupan di atas katil anda setiap malam.

(nip)

loading...
Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hubungan

Ke Atas