Tetaplah berhubung

Tubuh Badan Paling Menarik Versi Lee Min Ho

Fesyen

Tubuh Badan Paling Menarik Versi Lee Min Ho

Gambar: Allkpop

Tubuh Badan Paling Menarik Versi Lee Min Ho


Setelah cukup lama sepi dari dunia layar kaca tv dengan tidak membintangi siri drama, dan lebih fokus kepada filem. Akhirnya pelakon terkemuka Hallyu Wave, Lee Min Ho siap buat comeback dengan drama terbarunya.

Kini segera menyapa kembali para pencintanya dengan siri drama terbarunya yang berjudul “The Legend of Blue Sea”. Di mana dalam drama tersebut aktor kelahiran 1987 ini akan berlakon dengan pelakon cantik, Jun Ji Hyun.

Dalam rangka mempromosikan siri drama terbarunya, Lee Min Ho tampil dalam siaran langsung “V”, yang membolehkan dia berinteraksi terus dengan para peminatnya di pelbagai tempat di dunia.

Dalam siaran yang dihos oleh Kim Tae Jin, Lee Min Ho diberi soalan bahagian tubuh manakah dari dirinya yang dianggap peribadi dan paling menarik. Menjawab soalan ini, Lee Min Ho menyebut bahawa dia memilih sepasang bola mata sebagai anggota tubuhnya yang paling menarik.

“Saya memilih sepasang bola mata, kerana dalam drama ini disebutkan bahawa sepasang bola mata saya ini kelihatan berkilauan dan cerah bersinar. Sparkly dan shiny,” seloroh pelakon yang melonjak dari drama Boys Over Flower ini.

Selain sepasang bola matanya, Lee Min Ho juga menyebutkan bahawa halkum atau biasa disebut sebagai Adam’s apple adalah bahagian tubuhnya yang lain yang disukai oleh para peminat.

“Sebahagian orang mengatakan mereka suka melihat halkum saya, mungkin kerana memang sedikit lebih besar daripada halkum lelaki-lelaki kebanyakan pada umumnya,” hurai Lee Min Ho sambil ketawa, sebagaimana yang dilaporkan oleh Allkpop, Rabu (16/11/2016).

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Fesyen

Ke Atas