Tetaplah berhubung

Tips Mencantikkan Bibir

Fesyen

Tips Mencantikkan Bibir

Gambar: Blogspot

Tips Mencantikkan Bibir


Bibir kerap menjadi sasaran bagi pasangan untuk menunjukkan rasa sayang, dan cintanya kepada anda melalui ciuman. Namun, pernahkah anda merasakan sesuatu yang kurang selesa sehingga membuat anda menolak ciuman?

Umumnya ini terjadi kerana keadaan bibir yang berpecah-pecah dan tidak dalam keadaan lembab. Oleh itu, ada beberapa cara untuk mengatasinya.

Membasahi bibir

Salah satu tabiat buruk yang kerap dilakukan oleh hampir setiap wanita adalah membasahkan bibir. Ladies, cukup hanya membasahkan bibir ketika mula rasa kering saja ya.

Warna lipstik

Anda perlu mengubag warna gincu secara rutin. Jangan terlalu lama menggunakan dengan satu shade warna sahaja. Sebabnya, ada banyak warna gincu yang dapat membantu anda kelihatan lebih seksi. Tentunya si dia pun akan terpana.

Elakkan merokok

Merokok tidak hanya berbahaya bagi kesihatan, tetapi juga pada bibir. Merokok dapat membuat kulit bibir menjadi berkedut dan hitam. Oleh itu, elakkan merokok.

Krim semulajadi

Semakin bertambahnya usia, warna bibir semakin pudar dan menjadi berkedut. Oleh itu, aplikasi krim semulajadi pada bibir setiap malam untuk membuatnya lembap dan halus.

Lip balm

Pastikan untuk selalu mengaplikasikan lip balm untuk mengatasi bibir kering dan berpecah

Eksfoliasi

Lakukan eksfoliasi pada bibir setiap seminggu sekali untuk membuang sel-sel kulit mati. Eksfoliasi boleh dilakukan menggunakan gula pasir.

Minum banyak air

Minum banyak air setiap hari boleh membantu membuat bibir menjadi sihat dan mencegahnya dari berpecah-pecah. Selain itu, dengan minum banyak air dapat membuat bibir menjadi lebih tebal.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Fesyen

Ke Atas