Tetaplah berhubung

Tips Memutihkan Wajah Menggunakan Arang

Fesyen

Tips Memutihkan Wajah Menggunakan Arang

Tips Memutihkan Wajah Menggunakan Arang


Ramai golongan wanita yang memakai krim pemutih wajah. Padahal, tahukah anda? Jika dalam jangka waktu tertentu, krim pemutih wajah boleh merosakkan wajah.

Untuk memutihkan wajah sebenarnya boleh dilakukan dengan cara semula jadi. Misalnya saja dengan arang. Eh, yeke ni? Macam tak percaya je… Ya, arang sememangnya mempunyai fungsi dalam memutihkan wajah dan tidak diketahui ramai.

Bahan-bahan:

  • 1 sudu makan arang yang telah dihaluskan
  • 1 sudu jus lidah buaya
  • 1 sudu makan air atau air mawar
  • 5 titis minyak teh
  • Secubit garam

Cara memakainya:

  • Campurkan kesemua bahan tersebut dalam satu bekas.
  • Buatkan seperti masker pada wajah. Tunggu sehingga bahan tersebut kering.
  • Bilas menggunakan air panas.

Masker ini sesuai untuk semua jenis kulit wajah, namun sebelum memakainya boleh uji terlebih dahulu. Caranya dengan meletakkan sedikit topeng tersebut pada tangan, biarkan kering. Jika tidak ada reaksi dari topeng tersebut, adalah selamat untuk memakainya.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Fesyen

Trending

Ke Atas