Tetaplah berhubung

Tips Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

hilangkan-lingkaran-hitam-bawah-mata

Fesyen

Tips Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Gambar: Google

Tips Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Lingkaran hitam di bawah mata tidak hanya dialami oleh golongan wanita tetapi juga dialami oleh golongan lelaki. Lingkaran hitam muncul akibat dari gaya hidup yang tidak sihat.

Beberapa sebab munculnya lingkaran hitam adalah faktor keturunan, mmenggosok mata secara berlebihan, pigmentasi berlebihan akibat terdedahnya kepada sinar matahari, kurangnya waktu tidur, dan kurangnya penghidratan.

Jadi, bagaimana cara mudah untuk mengatasinya? Ya, memang terdapat pelbagai produk kosmetik yang boleh menghapuskan lingkaran hitam mata. Namun, alangkah baiknya jika menggunakan bahan-bahan yang bersifat semula jadi bukan? Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk menghapuskan lingkaran hitam pada mata, katakan selamat tinggal kepada lingkaran hitam mata!

Timun

Salah satu cara yang berkesan dalam menghilangkan lingkaran hitam pada mata. Timun mengandung astringent dan toner kulit, letakkan potongan timun atau hirisan timun pada mata selama 10 minit. Lakukan secara rutin setiap hari. Ini tidak hanya berkhasiat untuk menghilangkan lingkaran hitam pada mata tetapi juga merehatkan mata anda.

Air

Cara mudah untuk menghilangkan lingkaran hitam pada mata adalah dengan minum banyak air putih. Selain menghilangkan lingkaran hitam, kulit anda juga akan lebih terhidrat

Tidur

Kurang tidur selama jangka waktu yang lama boleh memberikan kesan yang serius. Salah satu tanda kekurangan dalam berehat adalah lingkaran hitam di sekitar mata. Tetapi kenapa ya? Ini disebabkan otot-otot dan jaringan di sekitar mata yang menegang. Anda perlu menenangkan dan meremajakan kedua mata untuk kembali mendapatkan mata yang sihat. Oleh itu, cara terbaik untuk mengurangkan kemunculan lingkaran hitam adalah dengan tidur yang cukup.

Beg teh

Cara lain yang berkesan dalam mengurangkan lingkaran hitam pada mata adalah dengan menggunakan beg teh. Bila telah selesai minum teh pada waktu, simpan beg teh tersebut dalam peti ais untuk digunakan kembali. Ketika mempunyai waktu lapang, ambil beg teh tersebut, biarkan terlebih dulu, kemudian letakkan di atas mata.

Tomato

Tomato sangat baik untuk mencerahkan warna kulit. Campurkan satu sudu teh air tomato dan lemon ke dalam sebuah gelas. Aplikasikan campuran tersebut pada lingkaran hitam mata secara perlahan, kemudian biarkan selama 10 minit. Bilaskan dengan air bersih kemudian.

Minyak Almond

Minyak badam adalah bahan semulajadi yang bermanfaat untuk melicinkan kulit di sekitar mata. Usapkan minyak almond secara rutin untuk mencerahkan kulit di sekitar mata. Sapukan secara perlahan dan lakukan perkara tersebut setiap hari sebelum tidur. Biarkan semalaman dan bilas keesokan paginya dengan air sejuk. Dan oh, boleh juga menggunakan minyak zaitun atau campuran dari minyak badam dan minyak zaitun untuk hasil yang maksimum.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas