Tetaplah berhubung

Teknik Selfie Cantik Ketika Bercuti

Fesyen

Teknik Selfie Cantik Ketika Bercuti

Gambar: Shutterstock

Teknik Selfie Cantik Ketika Bercuti

Ketika bercuti perkara yang tidak boleh ditinggalkan adalah, selfie. Untuk mendapatkan gambar yang cantik ketika selfie, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan.

Dipetik dari laman Allure, selain menggunakan solekan wajah, ada perkara lain yang perlu diperhatikan. Apakah itu?

Cahaya

Perkara pertama yang perlu diperhatikan adalah cahaya. Bila solekan wajah anda sudah cantik, namun cahaya yang digunakan ketika selfie tidak menyokong pula. Menurut vlogger Jordan Liberty, cahaya merupakan produk kecantikan percuma. Cahaya yang paling baik adalah sinar matahari. Namun bila di tempat tiada sinar matahari, selfie lah menggunakan aplikasi kamera yang menyediakan ciri flash.

Angle

Salah satu artis yang kerap melakukan selfie adalah Kim Kardashian. Agar kelihatan cantik dan menarik ketika selfie, Kim mempunyai cara jitu, iaitu memperhatikan angle. Ketika selfie, pastikan dagu anda rendah dan kamera sedikit lebih tinggi. Mereka yang melakukan dengan cara tersebut mengaku mendapatkan hasil selfie yang baik.

Banyakkan Selfie

Selain Kim Kardashian, Kylie Jenner juga mempunyai tips untuk mendapatkan hasil selfie yang terbaik. Menurutnya, dengan banyak mengambil selfie malah sehingga ratusan foto. “Saya melakukan selfie yang banyak hingga mendapatkan satu yang terbaik,” ujar Kylie. Cuba ubah pelbagai angle untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Wajah Aneh

Anda boleh meniru gaya duck face atau wajah itik yang tengah digemari. Liberty juga menyatakan tutup kedua mata sebelum selfie. “Ketika selfie, ekspresi anda akan kelihatan lebih segar setelah memejamkan mata,” tutur Liberty.

(nip)

loading...
Muat artikel
Klik Untuk Komen

Lagi di Fesyen

Ke Atas