Tetaplah berhubung

Seluar Jeans Yang Paling Disukai Perempuan

Fesyen

Seluar Jeans Yang Paling Disukai Perempuan

Gambar: Favim

Seluar Jeans Yang Paling Disukai Perempuan


Seluar jeans merupakan satu item fesyen yang dimiliki setiap wanita. Tentu ada sebab mengapa wanita suka memakai seluar jeans.

Ya, seluar jeans adalah selesa dipakai dan hadir dalam pelbagai reka bentuk membuat seluar jeans mudah untuk dipadankan dengan item fesyen lain.

Mencari seluar jeans yang tepat boleh dikatakan seperti mencari ‘sesuatu’. Hasil kajian menunjukkan bahawa 45 peratus wanita menjadikan seluar jeans sebagai salah satu item kegemaran.

Satu perempat wanita menunjukkan bahawa mereka menjaga seluar jeans kegemarannya lebih lama berbanding dengan lelaki. Bahkan, 90 peratus wanita merasa sedih bila lama tidak mengenakan seluar jeans. Yang menariknya, beberapa wanita rela kehilangan cincin perkahwinan berbanding dengan seluar jeans kegemarannya!

Melalui kajian tersebut juga dibuktikan kalau perempuan menyimpan dan merawat seluar jeans mereka selama kurang lebih tiga tahun. Dan, sebanyak 40 peratus wanita tidak memberikan perhatian lebih pada item fesyen yang lain.

Seluar jeans memang mampu membuat wanita lebih percaya diri ketika mengenakannya. Ini dibuktikan oleh kajian dengan peratusan sebanyak 40 peratus.

Selebriti dan brand fesyen tidak menjadi alasan mengapa mereka lebih memilih seluar jeans berbanding dengan busana lain dalam almari pakaian mereka.

“Hasil kajian ini tidak mengejutkan memandangkan faktanya seluar jeans memang menjadi item fesyen kegemaran wanita yang membuat mereka lebih percaya diri dan kelihatan cantik ketika memakainya,” tutur Christine Webber, psychotherapist dari Harley Street.

Tidak hanya kalangan wanita biasa, golongan selebriti juga suka memakai seluar jeans. Kate Middleton dengan seluar navy denim kesayangannya yang berjenis skinny. Selain itu, Victoria Beckham yang kerap tertangkap kamera mengenakan seluar ripped jeans. Demikian dipetik di Femalefirst.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Fesyen

Ke Atas