Tetaplah berhubung

Polisi Tercantik di Korea Selatan

Fesyen

Polisi Tercantik di Korea Selatan

Gambar: koreaboo

Polisi Tercantik di Korea Selatan

Imej penjaga keamanan atau polis buat kalangan orang awam, pasti tidak jauh dari perspektif pandangan yang serius, kaku dan tegas.

Imej seseorang polis yang kaku, tegas dan serius ini tidak hanya berlaku untuk pegawai polis lelaki, akan tetapi juga kepada pegawai polis wanita. Tetapi jangan salah, ada juga pegawai polis wanita yang tak ubah seperti seorang selebriti.

Ini sendiri terjadi di Korea Selatan, di mana seorang polwan (polisi wanita) cantik menjadi buah bibir di kalangan netizen di sana. Sebagaimana dipetik dai laman Koreaboo, (7/11/2016) seorang pegawai polis wanita yang bernama Kim Miso menjadi terkenal dengan sebutan polis paling cantik di Korea.

Gambar: koreaboo

Gambar: koreaboo

Kim Miso menjadi perhatian kerana tidak hanya mempunyai paras wajah yang cantik, tetapi juga bentuk tubuh yang aduhai seperti seorang model. Setelah diselidiki, Kim Miso sendiri mengakui sebelum kerjayanya sebagai pegawai polis, dia pernah menjadi model majalah dewasa iaitu model untuk majalah Maxim.

Disebutkan pula bahawa Kim Miso sempat menjadi salah seorang model yang tercalom untuk Miss Maxim pada tahun 2014. Sudah mempunyai pengalaman sebagai model namun wanita berambut panjang ini lebih memilih untuk menjadi pegawai polis berbanding dunia modeling dan media hiburan, dengan memasuki institusi polis sehingga akhirnya rasmi secara undang-undang menjadi pegawai polis sejak 2015 lalu.

(nip)

loading...
Klik Untuk Komen

Lagi di Fesyen

Ke Atas