Tetaplah berhubung

Hukum Alis Mata ‘Sinchan’ Dalam Islam

Fesyen

Hukum Alis Mata ‘Sinchan’ Dalam Islam

Gambar: Outfit Trends

Hukum Alis Mata ‘Sinchan’ Dalam Islam


Wanita yang mencukur atau menipiskan bulu kening wanita yang lain agar kelihatan cantik disebut An-Namishah.

Trend make up yang sedang berkembang di kalangan wanita moden seolah-olah telah menyihir baik golongan tua maupun muda. Memetik sumber di internet, demi tampil memukau di hadapan khalayak ramai, wanita rela menghabiskan berjam-jam di hadapan cermin agar wajah nampak cantik rupawan. Tak kira golongan remaja berstatus pelajar, wanita bekerjajaya sehinggalah golongan sosialit.

Trend make up itu kesebut-sebut sebagai “kening Sinchan” kerana bentuk serta ketebalannya hampir serupa dengan tokoh kartun asal Jepun Sinchan. Dalam islam, mencukur atau menipiskan kening disebut An-Namishah.

An-Namishah adalah sebutan untuk wanita yang telah mencukur atau menipiskan bulu kening wanita lain agar kelihatan cantik. Sedangkan Al-Mutanamishah adalah wanita yang menyuruh orang lain untuk mencukur bulu alisnya.

Telah dikatakan bahawa mencukur atau menipiskan bulu kening dilarang dalam islam.

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu, perempuan-perempuan yang meminta dirinya untuk ditatu, perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan yang mengikir giginya (semua ini semata-mata) untuk kecantikan iaitu perempuan yang mengubah ciptaan Allah. (HR. Bukhari 4886, Muslim 2125).

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Fesyen

Trending

Ke Atas