Tetaplah berhubung

Agar Minyak Wangi Tahan Lebih Lama

Fesyen

Agar Minyak Wangi Tahan Lebih Lama

Agar Minyak Wangi Tahan Lebih Lama


Minyak wangi merupakan salah satu item fesyen yang disukai oleh wanita malah lelaki. Ke mana sahaja pasti kurang lengkap jika tidak menyembur minyak wangi.

Umumnya, semburan minyak wangi atau jenis wangian yang dengan cara menyemburkannya ke udara, oleh seseorang berdiri di bawah atau berdekatan. Namun, kadang-kadang keharuman minyak wangi tidak dapat bertahan lama, dimuat di laman Huffingstonpost.

Oleh itu, anda perlu menyembur minyak wangi di beberapa bahagian badan secara tepat. Selain menyembur ke beberapa bahagian badan, seperti belakang leher, pergelangan tangan, di balik lengan, dan di balik lutut, ada cara tepat untuk mengaplikasikan minyak wangi agar keharumannya tahan lama.

Berikut ulasannya,

Dengan body losyen

Setelah anda mandi dan mengeringkan tubuh, aplikasikan body losyen, kemudian sembur minyak wangi kegemaran anda. Menurut Patti Kapla, Vice President of Business Development FragranceNet.com, ini dapat membuat aroma minyak wangi menjadi tahan lama pada tubuh.

Setelah menggunakan pelembab

Kapla menyatakan bahawa mengaplikasikan sabun mandi, syampu, dan jenis wangian lain akan membantu keharuman pada tubuh menjadi tahan lama. “Jika anda tidak mempunyai aroma losyen yang sama dengan minyak wangi, cubalah aplikasikan pelembab non aroma sebelum mengaplikasikan minyak wangi,” kata Kapla.

Jangan gosok pergelangan tangan

Selesai menyembur minyak wangi pada bahagian pergelangan tangan, tidak disyorkan untuk menyapunya. Sebab hal tersebut dapat membuat keharuman minyak wangi menghilang.

Dengan bantuan berus

Untuk keharuman yang tahan lama, anda boleh menyembur minyak wangi pada berus kecil. Namun, elakkan menyembur pada rambut sebab dapat membuat rambut anda menjadi kering.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Fesyen

Trending

Ke Atas