Jika anda bercita-cita nak memiliki tubuh yang kurus lansing dan kulit sihat berseri, sebaiknya mengikuti waktu tidur yang disarankan ini.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa dengan tidur yang cukup boleh membantu menurunkan berat badan dan mengekalkan kesihatan.
Dicadangkan masuk tidur sebelum jam 11 malam setiap hari. Ini kerana mereka yang tidur lewat lebih dari pukul 11 malam hingga 3 pagi, akan menjerumus untuk makan makanan berlemak selain minuman manis.
Amalan seperti ini boleh memberikan kesan negatif terhadap metabolisma yang mengganggu sistem dalam badan.
Tabiat buruk itu beri kesan buruk pada metabolisma tubuh dan mengganggu proses pelangsingan. Kulit jadi kusam, berjerawat & bermasalah jika suka tidur lewat.
Menurut kajian yang dilakukan ke atas 85,000 responden oleh produk Jawbone, mereka yang tidur sebelum jam 11 malam lebih banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding mereka yang tidur selepas jam 11 malam.
Tidur lah pada masa yang telah ditetapkan, jangan terlalu lewat tidur kerana jika tidak cukup tidur, ini akan mengganggu fikiran dan emosi anda.