Wahai lelaki, manakah yang lebih dipilih untuk dijadikan kekasih? Wanita yang selalu menggunakan make-up di setiap pelbagai kesempatan waktu, atau wanita yang lebih memilih tampil natural tanpa solekan?
Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Quarterly Journal of Experimental Psychology mengkaki apa yang tidak disukai lelaki dari wanita. Walaupun ramai wanita memakai make-up untuk membuatnya kelihatan lebih cantik di mata lelaki, hasil kajian menunjukkan, lelaki lebih menyukai gadis yang tampak natural.
Penyelidikan yang dilakukan oleh Bangor University dan Aberdeen University ini memberikan 44 wanita pelbagai jenis foundation, gincu, pemerah pipi, dan maskara, kemudian meminta mereka untuk mengenakannya seakan mahu ke pesta keramaian. Wajah mereka kemudian diambil gambar sebelum dan selepas make-up.
Foto-foto tersebut kemudian dipaparkan kepada 44 mahasiswa Bangor University. Kira-kira 44 mahasiswa tersebut, disuruh untuk memilih gambar mana yang lebih menarik. Yang menarik, ramai wanita akan memilih foto dengan make-up sedangkan lelaki memilih yang natural.
Kajian tersebut menyimpulkan bahawa wanita memakai kosmetik untuk menarik perhatian orang, namun malangnya lelaki lebih memilih wanita dengan wajah natural. Demikian memetik laman Time.