Lelaki Macho yang berasal dari Filipina, Paolo Ballesteros mempunyai kemahiran bersolek yang membolehkannya mengubah wajah menjadi serupa dengan orang lain. Di laman Instagramnya, Paolo bertukar menjadi peserta akhir untuk Miss Universe 2018.
Memetik wolipop.detik.com, Paolo yang mahir dengan seni solek membuat solekan menyerupai Angela Ponce, seorang peserta akhir Miss Universe 2018 yang menjadi perbualan ramai kerana seorang transgender. Dengan kuasa solekan, Paolo meniru wajah Angela yang berasal dari Sepanyol.
Dengan menggunakan ‘countoring’ yang tebal, Paolo membuat garis-garis yang jelas dimukanya agar nampak serupa dengan Angela Ponce. Paolo juga lengkap menggunakan rambut palsu dan pakaian yang bersinar – sinar supaya penampilannya lebih menonjol.
Dalam laman Instagram @pochoy_29, Paolo berubah menjadi Miss Venezuela Sthefany Gutierrez. Paolo bersolek dengan menekankan solekan pada matanya sehingga bentuk matanya kelihatan sama dengan Sthefany.
Lelaki berusia 35 tahun itu juga merubah wajahnya menjadi Miss Africa Tamaryn Green. Selain itu, Paolo juga melakukan solekan terhebatnya dengan menyerupai Miss Universe 2018 iaitu Catriona Grey yang juga berasal dari Filipina. Paolo, pastinya merasa bangga dengan kejayaan rakan senegaranya Catrion dengan kejayaan yang dicapainya.
Paolo Ballesteros, seorang artis yang cukup popular di negaranya, bukan hanya terkenal sebagai penyampai malah di media sosial, nama Paolo semakin dikenali kerana seni solekannya yang berkualiti. Paolo menjadi popular selepas meniru solekan keluarga Kardashian dari Kim ke Kylie Jenner.