Aliff Channel
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
Aliff Channel
Tiada
Lihat semua
Utama Gaya

Hindari Tabiat Buruk Ini Supaya Hidup Anda Lebih Sempurna

20/04/2020
dalam Gaya, Netizen
3 minit bacaan
0
Hindari Tabiat Buruk Ini Supaya Hidup Anda Lebih Sempurna

Ilustrasi -

70
PERKONGSIAN

Setiap orang mempunyai sikap buruk masing-masing. Semua orang ada. Namun, bagaimana cara kita untuk menangkis tabiat buruk adalah dengan kenali diri sendiri dahulu.

Tabiat buruk tertentu yang diamalkan secara meluas dan lama-lama menjadi satu rutin. Ramai yang tidak tahu atau berpura-pura tidak sedar kelakuan atau tindakan itu harus dihindari.

1. Makan walaupun tidak lapar

Boleh menyebabkan kehilangan signal sebenar rasa lapar dan seseorang menjadi pemakan kronik. Ia boleh bawa kepada paten makan tidak sihat dan menyebabkan pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, dan kondisi kesihatan yang lain. Terbaik, makan jika lapar dan awasi apa yang anda makan seperti kandungan gula, lemak, garam dan sebagainya.

2. Habiskan masa menonton televisyen

Ia bukan cara untuk berehat. Lazimnya kita duduk di atas sofa empuk, menonton TV dan mengunyah sesuatu. Semua ini satu kombinasi yang sangat merbahaya. Satu kajian mendapati mereka yang meluangkan lebih 2 jam di depan TV berpeluang tinggi menghidapi obesiti dan diabetes jenis 2. TV juga menggantikan masa kualiti dan aktif selain menjadikan kita ketagih.

3. Guna telefon bimbit pintar pada waktu malam

Sesetengah orang suka melayari laman sosial, Internet dan membaca pesanan ringkas sebelum tidur. Daripada sekadar melihat sebentar, ia boleh berlanjutan sehingga beberapa jam. Tabiat generasi digital ini boleh memberi kesan yang membahayakan daripada aspek kesihatan. Selain menjadi ketagihan, ia boleh menyebabkan insomnia, masalah penglihatan dan sakit kepala jika tidak cukup tidur.

4. Asyik risau mengenai kedudukan kewangan

Kita semua tidak pernah berpuas hati dengan kedudukan ekonomi peribadi. Menurut kajian Universiti Rutgers, kerisauan mengenai kedudukan kewangan boleh membawa masalah kesihatan (tekanan, sakit jantung) yang serius selain masalah sosial (hubungan kekeluargaan) dan fizikal (dera). Sebaiknya belajar tentang pengurusan kewangan, didik diri dengan pengetahuan dan amalkan penjimatan. Dapatkan bantuan pakar, di Malaysia misalnya kita boleh mendekati pihak seperti AKPK dan pegawai bank untuk mendapatkan nasihat.

Baca Juga  Kereta Punca Banyak Fresh Grad Ke Lembah Neraka Kewangan

5. Kebergantungan terhadap makanan segera

Daripada makanan segera yang dibeli di restoran hinggalah makanan yang diproses seperti mi segera dan sebagainya. Sekali lagi, ia memberi kesan kepada aset kehidupan paling penting, kesihatan. Tak perlu bercakap tentang penyakit yang berkait kerana kita semua tahu mengenainya. Makanan segera kaya dengan kandungan gula, garam monosodium glutamat, lemak, kolesterol dan kalori. Bekalkan diri dengan buah-buahan, sayur salad, dadih, kekacang sebagai snek, masak dan makan, lebih sihat!

6. Paranoid dan sentiasa berfikir yang bukan-bukan

Ini masalah orang muda dan generasi masa kini. Mungkin kerana terlalu bergantung kepada orang lain, gajet, perkara sekeliling dan teknologi, kita enggan menerima hukum alam. Takut menerima “penolakan”, risau tidak disukai, sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga, ragu-ragu dengan keadaan sekeliling, tidak percaya pada diri sendiri dan sebagainya, sejenis penyakit mental yang mula menular dalam kalangan generasi semasa. Amalkan perkara yang boleh menenangkan seperti meditasi. Buat “soul searching” untuk menilai diri sendiri.

7. Mengelak sarapan pagi

Tabiat mengelak sarapan pagi boleh beri kesan kepada berat badan, tahap tenaga dan kandungan gula dalam darah. Dapatkan apa-apa makanan sihat untuk memulakan pagi anda. Segelas susu, bijirin, buah seperti pisang, sandwich atau dadih. Ia membantu meningkatkan metabolisme dan hari anda bermula dengan lancar.

8. Merokok

Tabiat yang paling merbahaya bukan saja kepada si perokok tetapi individu yang rapat dan sentiasa bersama mereka secara fizikal (perokok pasif). Menjadi penyebab utama 30% kematian di dunia. Rokok penyebab utama kanser, penyakit jantung, angin ahmar, dan tekanan darah tinggi. Kurangkan dan kemudian hentikan tabiat ini. Selain merosakkan kesihatan, rokok satu ketagihan yang tidak baik memberi kesan kepada seluruh sistem badan. Ia turut memberi kesan kepada kewangan anda. Dapatkan bantuan kumpulan sokongan, doktor, teman atau pihak tertentu yang aktif mengendalikan pelbagai kempen berkaitan dengannya.

Baca Juga  Lelaki Mudah Tertarik Dengan Wanita Berisi

9. Bergantung kepada ubat tahan sakit atau sedatif

Tabiat yang sangat membahayakan dalam jangka panjang. Turut diklasifikasikan sebagai sejenis ketagihan. Pengambilan tanpa deskripsi doktor yang berterusan untuk tempoh lama boleh membahayakan nyawa atau organ dalaman. Ubat tahan sakit menyebabkan badan gagal mengenal pasti tahap kesakitan sebenar dan menjurus kepada pengambilan ubat sakit dalam dos lebih tinggi pada masa hadapan. Dapatkan rehat yang baik, tidur, tenangkan diri, gunakan pek panas untuk kesakitan atau guna ubat gosok.

Hashtag: amalan buruksifat buruktabiat buruk

Artikel Berkaitan

TIps atasi ketiak hitam

5 Tips Semulajadi Atasi Ketiak Hitam

10/01/2021
gadis tiktok

Kisah Tular Gadis TikTok Baru Kenal Sehari, Esok Terus Berkahwin

13/09/2020
Suka Makan Makanan Pedas? Tahukah Anda Apa Akibatnya?

Suka Makan Makanan Pedas? Tahukah Anda Apa Akibatnya?

09/09/2020
stress

Mengawal Stress Di Tempat Kerja Dengan Mudah

09/09/2020
keperibadian dari jam tangan

Jam Tangan Boleh Menunjukkan Keperibadian Lelaki

31/05/2020
lelaki

Fakta Lelaki Setia Yang Mungkin Korang Nak Tahu

20/04/2020

Komen?

Popular minggu ini

  • maksud mimpi dicurangi pasangan

    Mimpi Dicurangi Pasangan, Apa Maksud Sebenarnya?

    138 perkongsian
    kongsi 138 Tweet 0
  • Tips Berguna Putihkan Celah Peha Yang Hitam

    2281 perkongsian
    kongsi 2281 Tweet 0
  • 5 Tips Berkesan Agar Bateri Telefon Tidak Cepat Habis

    0 perkongsian
    kongsi 0 Tweet 0
  • Inilah Sebab Seseorang Menjadi Andartu Atau Bujang Terlajak

    928 perkongsian
    kongsi 928 Tweet 0
  • Tak Perlu Kejar Orang Yang Tidak Mencintaimu, Tetapi Hargai Orang Yang Mencintaimu Dengan Penuh Kasih

    0 perkongsian
    kongsi 0 Tweet 0
Aliff Channel
  • Dasar Privasi

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved

Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Pengiklanan

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved