Gaya solekan menarik untuk kening tebal (Teknik Feather Brows) merupakan salah satu cara untuk mencantikan lagi mereka yang memiliki kening yang tebal. Dunia kecantikan memang tidak pernah gagal dalam mengujakan dan mengagumkan wanita dengan kemunculan pelbagai gaya dan trend terkini. Lebih-lebih lagi dalam seni solekan yang sentiasa ada pembaharuan dari semasa ke semasa.
Feather Brows ini lebih sesuai digayangkan wanita yang mempunyai kening tebal kerana ia lebih mudah terbentuk. Jika dahulu bahagian bulu kening sering ditonjolkan dengan menggunakan teknik coloring, bejeweling, piercing dan highlighting, kini muncul pula gaya baru yang dipanggil sebagai ‘Feather Brows’.
Gaya Solekan ‘Feather Brows’
Teknik Feather Brows memerlukan kening disikat ke atas dan ke bawah, sementara di tengahnya pula diberikan ruang. Dengan menggunakan gam khas, maka terhasillah bentuk yang seakan-akan bulu pelepah ini.
Gaya solekan ini lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai kening tebal kerana lebih senang dibentuk ‘pelepah’nya. Trend ini muncul secara tidak sengaja ini bermula apabila seorang jurusolek dari Finland, Stella Sironen berseloroh berkongsi imej keningnya di Instagram.
Namun, secara tidak sengaja ia terus tular di internet dan menjadi ikutan ramai wanita yang sama-sama tidak mahu ketinggalan mencuba gaya baharu tersebut. Gaya ini sangat popular dan sedang melanda di media sosial terutamanya di Instagram yang rata-ratanya memuat naik gambar dengan menggunakan hashtag #featherbrows.
Walaupun nampak seperti agak melucukan, namun mereka sangat bangga dengan gaya solekan terbaru ini. Mungkin bagi kita yang tidak biasa dengan gaya-gaya pelik ini menyebabkan kita terasa ia sangat lucu. Adakah anda ingin mencuba gaya solekan ini dan menyiarkan gambar anda di instagram?
Jangan lupa untuk kongsikan gaya solekan ini kepada rakan-rakan anda yang meminati dunia kecantikan dengan menekan butang share diatas. Selamat mencuba!