Pasti anda sangat teruja bila melihat gaya rambut menarik ‘glow in the dark’ urban hair style. Bagi anda yang mengikuti perkembangan fesyen semasa, pasti sudah cukup pelik dengan pelbagai gaya dan trend rambut termasuklah Galaxy Hair, Rainbow Hair dan Pastel Hair yang diperkenalkan sebelum ini.
Trend rambut terkini yang boleh anda cuba dikenali sebagai Glow In The Dark Hair.
Sesuai dengan namanya, warna rambut ini akan kelihatan menyala dengan terang semasa anda berada dalam kegelapan.
Dicipta oleh seorang penggaya rambut bernama Guy Tang, gaya rambut ini sebenarnya belum lagi mudah untuk didapati.
Tambahan pula anda tidak boleh melakukan proses untuk mewarnainya sendiri di rumah, tidak seperti pewarna rambut yang biasa.
Hanya profesional sahaja yang boleh melakukannya kerana rambut perlu melalui proses bleaching terlebih dahulu.
Selepas itu baru rambut anda akan diwarnai dengan cat rambut neon. Sedikit ‘highlight‘ dan ‘ombre‘ akan menjadikan rambut semakin menarik perhatian.
Bayangkan sahaja melangkah ke pesta dengan gaya rambut sebegini, pasti anda yang makan menjadi tumpuan utama.
Tips Penjagaan Rambut Glowing
Rambut yang diwarnakan biasanya lebih mudah untuk menjadi kering dan rosak. Jadi, anda harus untuk mengikuti beberapa cara untuk merawat rambut agar lebih sihat walaupun rambut anda telah diwarnakan. Berikut adalah lima cara penjagaan rambut berwarna supaya tidak kering dan rosak iaitu:
1. Jaga Kelembapan Rambut
Jika mewarnakan rambut, biasanya anda akan merasakan rambut menjadi lebih kering dari sebelumnya. Penyelesaian daripada masalah ini adalah anda harus rajin merawat rambut supaya dapat mengekalkan kelembapannya. Anda juga boleh menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti minyak zaitun selama 30 minit sebelum syampu rambut.
Setelah itu, anda harus menggunakan conditioner setiap kali selesai basuh rambut dan gunakan masker rambut untuk sekali seminggu agar dapat mengekalkan kelembapan rambut. Anda juga wajib membawa conditioner yang boleh digunakan pada bila-bila masa.
2. Kurangkan Hair Styling
Tidak dapat dinafikan lagi selepas anda mewarnakan rambut akan menjadi lebih kering dan rosak. Bagi mengelakkan kerosakan rambut yang lebih teruk, anda harus mengurangkan proses styling rambut seperti rebonding ataupun curling kerana haba yang dihasilkan daripada alat styling ini akan menjadikan rambut berwarna anda akan lebih mudah kering dan rosak.
3. Gunakan Syampu Khas
Anda disarankan untuk menggunakan syampu khas kerana rambut berwarna memerlukan rawatan yang istimewa sedangkan syampu biasa tidak memenuhi keperluan rambut yang diwarnakan. Anda juga tidak digalakkan untuk menggunakan syampu anti-kelemumur pada rambut yang telah diwarnakan kerana ia mengandungi bahan-bahan kimia yang agak keras sehingga dapat menjadikan warna lebih cepat pudar dan rambut menjadi lebih kering.
4. Basuh Rambut Dengan Air Sejuk
Gunakanlah shower cap sekiranya anda kerap mandi dengan menggunakan air suam setiap hari supaya rambut anda tidak sering terkena air suam. Hal ini kerana rambut yang sering dibasuh dengan menggunakan air suam akan menyebabkan folikel rambut lebih mudah terbuka sehingga dapat mengurangkan kelembapan rambut anda. Jadi, anda haruslah menggunakan air sejuk setiap kali membasuh rambut.
5. Gunakan Serum
Selepas menggunakan syampu khas dan juga menjaga kelembapan rambut, anda perlu menggunakan serum kerana ia mengandungi banyak vitamin yang baik untuk memulihkan keadaan rambut. Gunakanlah serum ketika rambut anda masih separuh kering agar kandungan serum tersebut masuk ke dalam folikel rambut. bejelita.com