Bubble Mask keluaran produk Korea menjadi kegilaan wanita di internet. Ramai yang memuat naik gambar mereka di laman sosial. Topeng gelembung adalah topeng berkarbonat yang diperbuat daripada air yang mengandungi karbon, serbuk arang, dan tanah liat.
Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah fungsi topeng ini sangat unik dan berbeza dari yang lain. Topeng ini boleh menyebabkan buih di muka anda semakin bertambah banyak. Cara penggunaannya adalah sama sahaja seperti dengan penggunaan topeng yang lain.
Cara Penggunaan Bubble Mask
Pertama kali, anda mesti membersihkan wajah anda sebelum mengenakan pada wajah anda. Kemudian sapukan dengan rata pada wajah anda. Tunggu sehingga buih tersebut menjadi semakin banyak. Wajah anda akan kelihatan lucu jika dilihat pada cermin.
Anda disyorkan untuk menggunakan topeng ini tidak terlalu dekat dengan mata dan lubang hidung. Hal ini kerana, apabila topeng mula membuat kesan gelembung, buih boleh masuk ke dalam mata atau masuk ke dalam hidung.
Dalam masa dua minit, topeng gel merah jambu ini berubah menjadi gelembung buih yang banyak, membantu menghilangkan kulit permukaan minyak, kotoran, dan serpihan permukaan sisa. Buih gelembung tersebut berfungsi untuk melicinkan tekstur kulit, mencipta tekstur kulit muka sempurna untuk bersolek dan kulit kelihatan bertenaga dan berseri.
Manfaat Bubble Mask
Topeng berbuih ini sebenarnya boleh memberi banyak manfaat untuk kulit anda. Dari membersihkan liang-liang anda untuk mengeluarkan kotoran dan minyak, topeng gelembung ini dapat membuang segala benda negatif yang terdapat pada kulit sehingga jadi sangat bersih.
Menurut StyleCaster.com, cara topeng ini dirumuskan menyebabkan mereka bertindak balas dengan oksigen di udara dan ia mencipta gelembung kecil, yang seterusnya membantu bahan utama topeng untuk meresap jauh ke dalam kulit.
Dengan bubble mask ini, sudah tentu mempu membersihkan kulit wajah anda dengan berkualiti serta memberi banyak penjimatan daripada menggunakan banyak bahan pembersih muka di wajah anda. Semoga artikel ini memberi banyak manfaat kepada anda dan jangan lupa untuk share kepada rakan-rakan yang lain dengan menekan butang share.