Ramai antara kita lebih gemar meniru fesyen orang lain tanpa mengira bentuk fizikal diri sendiri. Jika anda tersalah pilih fesyen yang sesuai, mungkin anda akan tampil dengan fesyen yang tidak sesuai dan kelihatan buruk.
Ikuti tip di bawah boleh dijadikan panduan untuk lelaki yang rendah tidak lagi rasa rendah diri untuk tampil lebih tampan dan rapi. Semak tips ini!
1. Corak tegak bersaiz kecil
anda tidak perlu memakai sut untuk kelihatan lebih kacak, jika anda pandai mengenakan corak baju yang sesuai, berbaju tshirt sudah memadai. Pastikan anda memilih baju yang coraknya menegak yang bersaiz kecil
2. Pilih saiz ikut badan
Janagn memilih baju yang lebih kecil berbanding saiz badan anda, pastikan anda memilih baju yang lebih longgar dan bersesuaian dengan badan anda. Jika anda memilih baju yang lebih kecil, badan anda akan nampak lebih kecil.
3. Aksesori
pilih tali leher, jam dan tali pinggang dengan teliti, pastikan yang lebih kecil. Jika anda ingin memakai tie, pastikan pilih skinny tie untuk nampak lebih segak.
4. Seterika Seluar
Pastikan seluar anda di seterika kerana bagi lelaki yang rendah memakai seluar yang tidak di seterika akan menyebabkan bentuk fizikalnya kurang menarik dan nampak tidak terurus.
5. Pilih jaket yang sesuai
Pilih sehelai jaket yang mempunyai 1 atau 2 butang sahaja untuk bermain dengan mata orang sekeliling. Anda dapat menutup keadaan fizikal anda dan berjalan dengan yakinnya!
6. Elak memakai kasut bertapak tinggi
Elakkan memilih kasut yang bertapak lebih tinggi, ini kerana ia langsung tidak membantu anda untuk nampak lebih tinggi, malah akan membuatkan anda tidak selesa kerana orang akan asyik memerhatikan kasut anda sahaja.
7. Hindarkan warna terang
Elakkan menggunakan warna baju yang terang, ini kerana ia akan menampakkan susuk tubuh anda yang kecil itu dengan ketara.
Memiliki tubuh yang kecil juga mempunyai kelebihan dimana sesiapa sahaja yang memandang anda pasti akan fikir anda lebih muda jika dibandingkan dengan umur sebenar anda.
Sumber: Mingguan Wanita/~Norhayati Suboh