Tidak kira apa jenis kereta, pengguna selalunya berdepan dengan tiga perasaan yang tidak menyenangkan: kecewa, marah dan gelisah apabila berhadapan dengan masalah-masalah di tempat letak kenderaan. Kebiasaannya, situasi ini tidak dapat dielakkan dan anda akan menghabiskan banyak masa dan menimbulkan suasana kelam kabut yang menyukarkan hari anda.
Ada beberapa jenis kerumitan di tempat letak kereta awam yang mungkin anda hadapi mahupun di hadapan pasar raya kecil, kedai atau, pasar. Di antaranya seperti berikut ini:
1 Sukar mencari tempat menjual tiket gores parkir
Untuk pengguna yang ke kerja pada waktu pagi, mungkin akan teringat untuk membawa kupon parkir ini. Tetapi, apabila kupon parking kehabisan dan sukar didapati, pasti akan terlupa dan kesudahannya, penguatkuasa memberikan surat kompaun.
Hanya kerana 40 sen atau 50 sen, pengguna dikenakan kompaun RM30. Sudah pasti ada ramai yang mengadu tentang hal ini di mana adakalanya ejen kupon parking tiada stok.
2 Syiling tidak mencukupi untuk waktu parkir yang diperlukan
Menggunakan wang syiling di mesin analog untuk membayar parkir adalah melecehkan. Lebih-lebih lagi bila tiada wang syiling. Terpaksalah memecahkan tabung wang syiling anda gara-gara ini.
3 Mesin letak kereta terlalu jauh atau tidak dapat dicari
Ingat, ini hanya mencari tempat letak kereta, tidak mencari jodoh! Perlukah ia sepayah itu?
4 Mesin pay and display letak parkir kenderaan kereta rosak
Syiling tidak boleh dimasukkan atau mesin rosak? Terpaksalah, berjalan mencari mesin pembayaran parkir yang elok bila syiling tidak dapat masuk, dimuntahkan semula atau mesin rosak. Sigh! Dalam pada masa yang sama, anda berharap pihak penguatkuasa tidak datang menyaman kereta anda sementara mencari mesin bayaran ataupun mencari ejen yang menjual tiket parkir bergores.
5 Perlu secara manual untuk menambah jam parkir
Dan sangat melecehkan, apabila terpaksa berkali-kali untuk ke mesin bagi menambah jam parkir. Nak tak nak, kenalah buat takut kena kompaun.
6 Bayar parkir tanpa kerumitan wang tunai!
Lupakan kerumitan mencari mesin bayar tempat letak kereta, kad gores atau pecahkan tabung duit simpanan syiling anda. Dengan aplikasi Boost, apa yang perlu anda lakukan hanyalah mencari lokasi anda, masukkan nombor plat kenderaan dan pilih tempoh parkir dan itu sahaja, setel! Kehidupan sentiasa penuh dengan kejutan dan LEBIH MUDAH apabila anda meletak kereta dengan aplikasi ini.
Ringkas, mudah dan pantas, aplikasi Boost telah memperkenalkan perkhidmatan ini yang dapat memudahkan para pemandu untuk di tempat letak kereta. Muat turun melalui Playstore dan Appstore.
Wow, cara bayar parkir kereta pun telah berubah. Semuanya dibuat untuk menyesuaikan zaman yang semakin maju dan seharusnya kita perlu mengikuti teknologi.
Nota: Untuk makluman, Aplikasi Boost menyediakan servis pembayaran parkir di kawasan Kuala Lumpur, Kota Bharu, Tanah Merah dan Cameron Highlands.