Adalah sangat tepat jika anda ada perancangan untuk melancong ke Sarawak yang memiliki khazanah alam, adat-resam dan budaya yang pelbagai. Kaum Dayak di Sarawak dikenali dengan orangnya yang sangat peramah. Malah, mereka akan rasa terhina jika ada tetamu yang berkunjung dan tidak dilayan dengan baik.
Namun, sebelum itu pastikan anda mengetahui adat resam suku kaum Dayak berikut ini terlebih dahulu, ya!
1. Kehidupan orang Dayak sangat menghargai keharmonian alam
Orang Dayak sangat menghargai keharmonian dengan alam. Malah, mereka juga memiliki kesenian mereka tersendiri, yang sinomim dengan alam persekitaran. Orang Dayak juga tidak suka akan kekerasan. Walaupun begitu, mereka memiliki ketegasan, apalagi jika ketenangan hidup digoda untuk menciptakan aroma perang. Jadi awas, anda tidak seharusnya menyakiti perasaan mereka.
2. Gadis Dayak adalah permata yang berharga
Permata yang bergemerlapan adalah metafora yang tepat untuk gadis-gadis dari kaum Dayak. Kecantikan mereka tidak boleh diragukan lagi. Bagi mereka, perempuan Dayak bukannya hanya calon isteri yang membuat kerja-kerja rumah. Gadis-gadis Dayak adalah permata berharga yang harus dijaga sebaik-baiknya.
3. Menghargai adat resam, pengunjung tidak boleh sewenang-wenangnya
Walaupun di zaman kemodenan, orang Dayak masih sangat menghargai estetika. Malah, kesenian mereka dihiasi dengan ukiran dan rekaan yang indah yang setiap satunya mempunyai makna-makna tersendiri.
4. Mandau bukan hanya senjata, tetapi juga warisan yang sangat berharga dan simbol kepahlawanan
Mandau atau juga dipanggil Parang Ilang bukan hanya senjata tetapi mempunyai peranan penting. Objek ini adalah simbol keberanian dan kepahlawanan suku-suku kaum Dayak. Ia juga merupakan aksesori wajib bagi penari lelaki yang dipadankan dengan pakaian tradisional pahlawan, Terabai atau Baju Perisai. Mandau diperlakukan dengan baik dan tidak digunakan sembarangan. Hanya boleh digunakan ketika keadaan mendesak yang mengharuskan pemilik untuk membela diri atau bertarung.
5. Jangan membalas pemberian mereka dengan wang
Orang Dayak melayan tamu mereka dengan hati yang tulus. Mereka tidak mengharapkan upah atau balasan. Jika anda ingin membalas kebaikan mereka, jangan berikan wang tetapi berilah barangan atau cenderahati tanda kenang-kenangan.
6. Kunjungi ketua masyarakat atau tuai rumah
Orang Dayak sangat menghargai tetamu mereka. Untuk itu, kita harus memperkenalkan diri kepada tuan rumah. Kunjungi ketua masyarakat atau tuai rumah untuk berkenalan. Setelah itu, jangan hairan jika anda akan disambut dengan pelbagai jamuan. Contohnya, juadah makanan, tarian, dan upacara adat. Jangan ditolak, kerana ini boleh melukai hati tuan rumah.