Wanita obses untuk kurus, sudah melakukan banyak perkara tetapi masih juga berat badan tidak turun malah semakin bertambah berat badan. Apa punca sebenarnya dan mengapa ianya berlaku?
Tidur Terlalu Banyak
Menurut kajian yang dijalankan oleh PLOS One jurnal, tidur lebih daripada 10 jam setiap malam boleh menyebabkan indeks jisim badan menjadi lebih tinggi. Jadi tidak hairanlah doktor mengesyorkan tidur selama 7-9 jam setiap hari.
Sering Bersiap Dalam Gelap
Menurut kajian dari jurnal PLoS One, gelombang cahaya biru dari matahari awal pagi meningkatkan metabolisme anda dan membantu untuk membangunkan badan anda. Malah 20 hingga 30 minit sahaja dari siang hari sudah cukup untuk memberi kesan kepada indeks jisim badan anda. Jadi jika mahukan badan yang sihat, bangun saja terus bukan tingkap dan keluar menghirup udara segar.
Tidak Mengemas Katil
Mungkin kedengaran sedikit lucu, tetapi fakta ini adalah benar. Satu kajian dari Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat mendedahkan bahawa orang-orang yang mengemas katil mereka dikatakan mendapat tidur yang lebih baik berbanding orang yang tidak suka mengemas katil. Tidur yang sihat sekaligus merupakan cara yang optimum ke arah berat badan yang sihat.
Tidak Menimbang Berat Badan
Perkara ini sering diabaikan oleh sesetengah orang yang tidak mementingkan berat badan. Penyelidik dari Universiti Cornell membuktikan bahawa menimbang berat badan setiap hari merupakan teknik yang berjaya yang menggalakkan penurunan berat badan. Masa terbaik untuk melangkah ke atas skala adalah perkara pertama pada waktu pagi sebelum makan atau minum apa-apa. Cuba ya!!
Makan Sarapan Terlalu Sikit
Kebanyakkan orang takut untuk mengambil lebih kuantiti sarapan awal pagi, tetapi penyelidik dari Universiti Tel Aviv menegaskan bahawa anda perlu memanjakan diri anda dengan hidangan yang lazat pada waktu pagi. Sarapan yang seimbang yang mengandungi 600 kalori protein tanpa lemak, karbohidrat, dan beberapa pencuci mulut akan diet harian anda menjadi lebih mudah.
Pastikan diet anda adalah diet yang sihat, jangan lupa bersenam untuk mengeluarkan peluh. Tubuh yang sihat menjadikan otak cergas.
Sumber : sinar.fm