Ramai diantara kita nak kurus dan turunkan berat badan. Tapi masalah utamanya ialah bersenam.
Berikut tips paling mudah untuk turunkan berat badan dengan cepat tanpa bersenam yang anda boleh cuba.
1. Elakkan minuman manis
Air soda, jus, kopi dan smoothies yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan perut buncit, kurangkan pengambilan air yang mengandungi kadar gula yang tinggi. Menurut pakar pemakanan, minuman teh hijau/ teh biasa yang tanpa gula untuk mempercepatkan metabolisme kerana sebatian teh tersebut dapat membantu untuk mengurangkan lemak di perut.
2. Bersenam dan bermeditasi
Lakukan senaman sekerap yang mungkin, 2 hingga 3 kali sehari dan cubalah untuk bermeditasi. Caranya tutup mata dan letakkan tangan di perut. Fokuskan fikiran di perut sebagai asas tenaga dan kekuatan. Bernafas dalam melalui hidung selama lima minit atau lebih jika punya masa. Lakukan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang diingini.
3. Banyak makan sayur-sayuran
Banyak makan sayur-sayuran adalah antara kaedah yang berkesan untuk menurunkan berat badan. Amalkan memakan sup Dan sayur-sayuran. Makan sayur-sayuran lebih banyak pada siang hari dan kurangkan di malam hari.
4. Pastikan cukup tidur
Pastikan setiap hari tidur anda mencukupi. Kurang tidur menyebabkan kenaikan berat badan. Sebuah kajian di International Journal of Obesity mendapati bahawa orang yang tidur kurang daripada enam jam waktu malam akan mengalami kenaikan lebih daripada dua kali ganda lemak di perut berbanding yang tidur tujuh hingga lapan jam semalaman. Kalau nakkan tubuh badan yang sihat dan berat badan ideal, Jaga permakanan dan rutin harian. Jika dahulunya sering tidur lewat, pastikan waktu tidur anda lebih awal dari biasa supaya dapat bangun awal keesokkan hari dan terasa segar. Pastikan tidur cukup 8 jam.
Sumber : Nakbebel