Tetaplah berhubung

Permintaan Terakhir Aidid Marcelo Buat Hati Pembaca Sedih

Dunia

Permintaan Terakhir Aidid Marcelo Buat Hati Pembaca Sedih

Setiap yang bernyawa di muka bumi ini semuanya pasti akan ‘mati’. Tidak kira tumbuh-tumbuhan, haiwan dan apa jua makhluk yang dicipta oleh Allah Swt. Kita juga tidak akan tahu bila kematian kita, kerana semua itu adalah rahsia Allah Swt.

Terkini, Aidid Marcelo juga telah berkongsi pengalamannya apabila melihat sendiri dengan kedua matanya semua proses pengebumian jenazah.

Aidid Marcelo yang bekerja sebagai seorang penerbi dan juga pengacara ini uru meluahkan segala isi hatinya yang sudah pasti akan membuatkan semua pembaca terkesan dan turut rasa sedih.

Aidid juga turut menyatakan yang dia mahu kesemua anak-anaknya menguruskan jenazahnya jika dia sudah menutup mata suatu hari nanti.

Tulisan yang telah dimuat naik oleh Aidid di laman instagramnya yang terasa terpanggil unuk berkongsi mengenai kematian. Beliau juga sering tertanya-tanya seandainya beliau juga akan ‘pergi’ meninggalkan dunia ini suatu hari nanti. Dia juga menginginkan semua anak-anaknya menguruskan semua persiapan beliau sehinggalah selesai dikebumikan.


“Innalillahiwainnailaihirajiun. (Muhasabah utk diri sendiri)

Adakah kita sudah bersedia??? Semalam aku ambil kesempatan untuk melihat semua proses pengurusan jenazah (kecuali mandi), pada ketika itu, aku bayangkan itu aku. Apa yg aku ada ketika itu? Siapa yg aku ada ketika itu?[Hangat.com] Siapa dan berapa ramaikah yg kisah untuk membantu uruskan jenazah aku ketika itu. Aku terbayang anak2 lelaki aku sebagai hadiah Allah untuk aku besarkan dengan penuh tanggungjawab.

strong>Aku mahukan mereka yg memandikan aku, mengkafankan aku, menjadi imam ketika untuk solat terakhir kepadaku, membawa aku turun dengan penuh kasih sayang ke liang lahad sambil tak putus2 doa untuk ku..”

Para pembaca juga uru bersedih seelah membaca luahan Aidid

“Tapi paling sedih…(realitinya) dari apa yg aku dapat lihat secara kebiasannya, tidak lama orang akan ingat kepada kita setelah kita ditanam.[Hangat.com] 3 hari? (Sebab tahlil), seminggu? Sebulan mungkin masih bersedih? Sebab selepas itu, masing2 sudahpun menyambung kembali urusan duniawi yang merupakan pentas permainan sementara untuk kita. Kita yang didalam? Tak payah tunggu 5 min, 3 hari, seminggu… hanya 7 langkah org terakhir yg meninggalkan kubur kita, akan mulalah sesi soal jawab kita bersama Munkar & Nakir .

Eloklah kita bersama-sama mempersiapkan diri dan amalan kita. Saya amat sukakan bacaan talkin. Marilah sama-sama kita baca dan fahami, di sambil itu kita bersedialah dengan semua soalan kubur yang pastinya akan dianya oleh para malaikat.

Al-Fatihah

Saya mengucapkan salam takziah untuk semua ahli keluarga arwah.

Sungguh menyentuh hati bila membaca semua luahan dari Aidid Marcello. Kesemua pengikut beliau di instagram juga turut dapat merasakan hal yang sama. Marilah sama-sama kita muasabah diri masing-masing.

Marilah sama-sama kita fikirkan dan renungkan semua yang diluahkan oleh Aidid. Kita sebagai manusia dan juga makhluk ciptaan Allah Swt tidak akan pernah terkecuali dengan ajal maut ataupun kematian.

Sumber: Sehinggit.blogspot.my , Hangat.com

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...

Klik Untuk Komen

Lagi di Dunia

Ke Atas