Tetaplah berhubung

‘Jangan Putus Asa Dengan Crush’ – Ramai Teruja Lelaki Ini Sanggup Setia 15 Tahun Lamanya

Cinta

‘Jangan Putus Asa Dengan Crush’ – Ramai Teruja Lelaki Ini Sanggup Setia 15 Tahun Lamanya

Dulu masa zaman sekolah, pastinya anda pernah ‘suka’ dengan seseorang. Sama ada diluahkan atau dipendamkan saja. Tetapi kebiasaannya perasaan itu tidak kekal lama lebih-lebih lagi selepas masing-masing sudah punyai kerjaya, tanggungjawab dan ‘taste’ pun berubah.

Namun, lelaki ini tidak pula begitu, kesetiaan dan rasa cintanya pada gadis yang diminatnya sejak dari bangku sekolah lagi dipetahankan sehingga kini.

“Who would have known…” demikian kapsyen gambar kenangan di zaman sekolah di Instagram pengacara TV, Dayah Bakar, pelajar lelaki yang meminatinya dari zaman sekolah kini sudah bergelar sebagai tunang.

Gambar yang dimuat naik Dayah itu mendapat perhatian dari netizen yang teruja dan seronok melihat dia dan pasangannya, Hanif Hamidi, yang telah selamat bertunang kelmarin.

“You said I’m a dream come true, because you’ve started loving me 15 years ago. I said you’re a dream come true, because no man of my dream is anywhere close to you. Thank you Ya Allah,” kapsyen Dayah di setiap gambar pertunangan mereka yang dimuat naik di akaun Instagram.

Difahamkan sudah 15 tahun Hanif menaruh hati pada Dayah sejak dari bangku sekolah lagi. Gambar-gambar itu juga viral di Twitter dan menerima reaksi positif dari netizen yang turut mendoakan mereka.

“Oh wow! Congrats Hanif Hamidi berjaya memenangi hati childhood dream anda (after 15 years). Tapi the fact now is I’m feeling more lucky to be loved by you. Sorry dulu macam buat ‘don’t know (ayat masa sekolah dulu),” tulisnya Dayah.

Sumber: Instagram/Dayah Bakar , Twitter/Maksu

Klik Untuk Komen

Lagi di Cinta

Ke Atas