Kehidupan di hutan yang sangat primitif dan harus bertahan hidup dengan memburu adalah sangat asing dan aneh bagi orang yang tinggal di bandar.
Tetapi hal ini sudah menjadi perkara yang biasa dalam kehidupan seharian bagi bangsa primitif yang tinggal di pedalaman hutan Equador.
Lingkungan sekitar tiada kedai-kedai ataupun restoran makanan segera membuat suku primitif ini harus bertahan hidup dengan memburu.
Masih menggunakan senjata yang sangat primitif, mereka memburu monyet, babi hutan, dan binatang lain untuk bertahan hidup.
Suku ini dikenali dengan nama suku Huaorani memburu monyet dengan memanjat pokok dan menyumpit dengan buluh beracun.
Bagi mereka yang sangat cekap, memburu monyet, babi hutan, dan burung adalah sangat mudah.
Pemburu yang baru pulang ke kampung mereka disambut dengan baik oleh wanita dan kanak-kanak.
Suku Huaorani ini mempunyai jumlah yang tidak kurang daripada 4,000 orang. Bukan jumlah yang banyak dan dalam komuniti masyarakat yang sedikit ini, para lelaki bertugas untuk memburu dan wanita bertugas untuk menjaga anak-anak.
Sampai hari ini di pedalaman hutan Ecuador ada 300 jenis monyet dan semuanya masih hidup tanpa ancaman kepupusan.
Kerana sering memanjat pokok, orang-orang dari suku Huaorani mempunyai kaki yang rata. Selain itu kerana perkahwinan keluarga banyak dilakukan, kecacatan fizikal wujud sehingga ramai juga orang berjari 6 di kaki dalam komuniti masyarakat ini.
Selain monyet, mereka juga memburu burung.
Pete Oxford, jurugambar terkenal pernah berkunjung ke tengah-tengah masyarakat ini dan disambut dengan baik oleh suku ini.
Anak-anak melihat ibu mereka memanggang babi hutan.
Kerajinan dari hasil buruan seperti ini kadang-kadang dijual pada pengunjung untuk mendapatkan wang.
Anting-anting dan perhiasan dari tulang juga mereka buat dan diguna-pakai.
Beberapa gambar ini diabadikan oleh Pete untuk diperlihatkan kepada anak-anaknya nanti.
Sebenarnya, untuk pengetahuan anda di dalam dunia ini masih banyak suku-suku pedalaman yang hidup di tengah-tengah hutan dan mengamalkan cara hidup primitif. Malah sehingga hari ini, masih banyak suku-suku pedalaman yang tidak pernah mengecapi kemodenan teknologi.
Sumber: Bomb