Kisah Drupadi yang bersuamikan 5 lelaki mungkin salah satu kisah yang paling terkenal yang mengangkat isu Poliandri. Drupadi mahukan didekatkan jodohnya oleh Tuhan, maka dia terus menerus berdoa.
Tidak hanya sekali, dia malah berdoa hingga lima kali. Kebaikan Tuhan akhirnya memberikan Drupadi lima suami tampan dari kalangan bangsawan. Sekurang-kurangnya, sedikit banyak begitulah salah satu kisah yang ada di legenda Mahabarata.
Di dunia nyata, kisah Drupadi memang ada dan benar-benar berlaku di negara ini. Di desa Himalaya di Tibet, India, dan Nepal, wanita yang bersuamikan lebih dari satu orang disebut sebagai tradisi.
Kes demikian disebut sebagai poliandri. Poliandri adalah sistem perkahwinan yang membolehkan seorang wanita mempunyai suami lebih dari satu orang dalam waktu yang sama.
Poliandri di Nepal sering dilakukan, manakala poligami dilarang sejak tahun 1963. Orang-orang di daerah Humla, Dolpa, dan Kosi, Nepal, lebih mementingkan tradisi, daripada undang-undang yang ada di dunia. Kerana tradisi dari nenek moyang orang-orang di Nepal tersebutlah, mereka tetap menjalani poliandri sehingga kini.
Menariknya, leaki yang dinikahi wanita di Nepal ini bersaudara kandung. Dan selepas berkahwin, wanita dengan para suaminya yang lebih dari satu orang tersebut boleh hidup damai dalam satu bumbung.
Kes yang sering berlaku di Nepal ini adalah ketika wanita menikahi anak lelaki tertua dari sebuah keluarga, beberapa tahun kemudian, wanita itu juga akan menikahi adik suaminya tersebut.
Tak hairanlah, bila hampir semua anak-anak kecil di Nepal ini mempunyai ayah lebih dari satu, kerana mereka akan memanggil ayah pula kepada suami kedua dan ketiga ibu.
Sumber: iloveasia.travel, Rabu (14/6/2017)